Harian Metro

Red Giants perlu atasi ‘adik’

- Fitrie Muhammad mfitrie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada jalan pintas buat Selangor menjulang kejuaraan Piala FA buat kali keenam kecuali perlu memastikan kemenangan pada separuh akhir pertama menentang pasukan ‘adik’, PKNS FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Walaupun memiliki kelebihan ke atas PKNS dalam dua aksi Liga Super awal bulan ini, pengendali Selangor, Nazliazmi Nasir tetap waspada dengan ancaman pasukan lawan kendalian Datuk K Rajagobal.

Pada aksi pertama Liga Super, Selangor menang 2-1 sebelum kedua-duanya terikat 2-2 pada perlawanan timbal balik.

Misi sekurang-kurangnya layak ke final buat kali pertama sejak menjuarai pertanding­an ini pada 2009 mungkin sukar sekiranya anak buahnya gagal menghadirk­an keputusan positif pada aksi kali ini.

Sedar ia pertanding­an berbeza berbanding saingan Liga Super, Nazliazmi mengakui percaturan terbaik perlu direncanak­an bagi mengelak daripada menjadi mangsa Semut Merah yang turut memburu misi ke final seperti dilakukan dua tahun lalu.

“Ini perlawanan separuh akhir dan kami tidak boleh ambil mudah. Mungkin saya akan buat sedikit perubahan terhadap pasukan terutama membabitka­n kesebelasa­n utama,” katanya.

Pada masa sama, Nazliazmi mengakui prestasi pemain ketika seri dengan pasukan tangga kedua Liga Super, Perak sebelum ini sesuatu yang positif buat pasukan sebelum menghadapi tugas getir dengan PKNS FC.

“Namun saya akan buat penilaian secara menyeluruh dan menyediaka­n perancanga­n taktikal yang lebih baik. Apa pun hanya yang terbaik akan dapat tempat dalam senarai utama,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Selangor, Amri Yahya (kanan) berebut bola dengan pemain PKNS, Bruno Oliveira De Matos ketika perlawanan Liga Super.
PEMAIN Selangor, Amri Yahya (kanan) berebut bola dengan pemain PKNS, Bruno Oliveira De Matos ketika perlawanan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia