Harian Metro

Pemain bintang tak semestinya bawa tuah

- BOLA SHEBBY bersama Serbegeth Singh

Satu demi satu pasukan sudah mula disingkirk­an pada Piala Dunia Russia 2018. Ada pasukan yang sudah bersiap sedia untuk pulang selepas dua perlawanan dan ada pula mempunyai nyawa ikan menunggu nasib hingga ke perlawanan terakhir kumpulan. Namun secara keseluruha­n ada banyak positif walaupun ada pasukan yang sudah mengemas barang.

Mesir tampil dengan semangat tinggi tetapi terpaksa akur di tangan Uruguay serta tuan rumah, Russia. Segala harapan terletak di bahu Mohamed Salah

(gambar)

yang kemudianny­a gagal memberi inspirasi kepada rakan pejuang.

Tanpa Salah, Mesir tewas tipis di tangan Uruguay dengan mengamalka­n taktik bertahan. Dengan kehadiran Salah dalam kesebelasa­n utama mereka dibelasah pasukan tuan rumah 3-1.

Saya sedia menerima hakikat bahawa situasi berlainan kerana pada perlawanan kedua sudah ada tekanan untuk mencari tiga mata tetapi jelas kehadiran pemain bintang tidak semestinya membawa faedah. Kehadiran Salah bermakna Mesir mengubah taktik dan ia membawa padah.

Berbanding Uruguay yang tidak langsung mengubah corak permainan tetapi berjaya memenangi dua perlawanan pertama dengan hanya menjaringk­an satu gol bagi setiap perlawanan. Walaupun Luis Suarez kelihatan sedikit gemuk tetapi corak permainan yang kekal bermakna Uruguay tetap berjaya.

Sementara itu, pasukan gergasi Asia iaitu Arab Saudi pula tersingkir kerana tidak mencapai tahap yang dikehendak­i. Kalau di Asia, Arab Saudi tetap gergasi tetapi di peringkat antarabang­sa mereka tidak setanding. Ini realitinya walaupun mereka bangkit sedikit pada perlawanan kedua menentang Uruguay.

Aksi menentang Uruguay jauh lebih baik berbanding persembaha­n hambar bertemu Russia. Ia menimbulka­n persoalan mengenai tahap konsisten mereka. Kenapa persembaha­n mereka seperti siang dan malam?

Maghribi pula memperagak­an persembaha­n terbaik menentang Portugal dengan keupayaan individu yang begitu tinggi. Anda pasti merindui pemain perancang kidal Hakim Ziyach. Memang sukar untuk mencari perancang tengah sepertinya dan walaupun Maghribi sudah tersingkir daripada Piala Dunia 2018 akan tetapi reputasi pemain ini kekal.

Pada babak pertama aksi Iran menentang Sepanyol, anda dapat lihat contoh taktikal pertahanan bertaraf dunia. Sekiranya Iceland dapat menyekat Argentina dan Lionel Messi maka Iran pula harus dipuji.

Pasukan Asia memang lemah dari segi disiplin bertahan tetapi bagi 45 minit pertama di Kazan, anda lihat satu persembaha­n bertahan bertaraf dunia dan kini Iran akan bertembung dengan Portugal bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Bolehkah Carlos Queiroz mencari formula mengekang Cristiano Ronaldo, warga senegara beliau? Bak kata perumpamaa­n, bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku.

Menerusi beberapa perlawanan Piala Dunia 2018 yang sudah berakhir, saya berasa agak sedih. Tahap permainan sepasukan mahupun individu begitu tinggi dari segenap aspek, terutama aspek fizikal hingga saya berasa sedih dan kasihan terhadap bola sepak tempatan.

Ketika ini, tahap bola sepak kita sekadar permainan sosial berbanding bola sepak antarabang­sa. Jumpa lagi!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia