Harian Metro

‘Jangan harapkan Messi aje...’

-

Nizhny Novgorod, Russia: Ivan Perisic memuji kualiti dimiliki Lionel Messi, namun menegaskan Argentina hanya berjaya jika bermain sebagai satu unit selepas mereka tunduk 0-3 di tangan Croatia pada aksi Piala Dunia, awal pagi semalam.

Perisic memperagak­an aksi kemas di Nizhny Novgorod yang menyaksika­n kesilapan Willy Caballero memberikan gol pembukaan kepada Ante Rabic.

Gol Luka Modric dan Ivan Rakitic selepas itu membolehka­n Croatia mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak edisi 1998 di Perancis.

Argentina pula berada di ambang penyingkir­an memandangk­an kemenangan Iceland ke atas Nigeria akan memberi kelebihan buat pasukan kerdil itu mengiringi Croatia ke pusingan seterusnya. Messi dikawal ketat oleh pemain pertahanan Croatia dan pemain samas yap Inter Milan itu menjelaska­n Argentina mesti tahu untuk bekerjasam­a jika mahukan Messi mencapai apa yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo pada kejohanan besar.

“Messi adalah antara pemain terbaik seperti Ronaldo, namun anda hanya boleh meraih sesuatu jika beraksi sebagai satu pasukan. Argentina perlu berubah untuk maju ke hadapan.

“Bagi kami, kami berada di landasan yang tepat untuk mengulangi pencapaian di Perancis dan perlu terus bekerja keras.

“Kami beraksi dengan baik.

Di bilik persalinan, kami mengatakan betapa kami perlu bertahan dengan ke- dan itulah yang berjaya kami lakukan.

“Kami memiliki beberapa peluang pada babak pertama dan jaringan diperolehi selepas rehat. Kami layak meraih enam mata ini jadi kini kami mahu menumpaska­n Iceland pula.”

- Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia