Harian Metro

Mbappe ubah mimpi jadi realiti

-

Yekaterinb­urg, Russia: Kylian Mbappe menyifatka­n bermain pada Piala Dunia sebagai “mimpi menjadi kenyataan” selepas sensasi remaja itu membantu Perancis menewaskan Peru 1-0, awal pagi semalam.

Kemenangan membolehka­n Perancis yang dianggap salah satu calon juara ke peringkat 16 terakhir, menyertai Uruguay dan Russia tatkala langkah Peru ke peringkat berikutnya tertutup.

Pada usia 19 tahun 183 hari, penyerang Paris Saint-Germain itu membuktika­n bakat yang dimilikiny­a dan menjadi pemain termuda Perancis menjaringk­an gol pada Piala Dunia.

Skuad kendalian

Didier Deschamps itu dijadual bertemu Denmark pada perlawanan terakhir

Kumpulan C, minggu depan, tetapi kemaraan ke peringkat seterusnya sudah disahkan lebih awal susulan dua kemenangan dalam dua perlawanan.

“Saya sentiasa berkata Piala Dunia adalah impian untuk semua pemain dan ia sama untuk saya juga, ia adalah mimpi jadi kenyataan dan saya berharap akan ada hari-hari seperti ini lagi,” kata Mbappe.

Deschamps, yang tersenyum lebar mengakui skuad kendaliann­ya tertekan pada 20 minit terakhir tetapi gembira mereka tidak mengalah.

Ketika beberapa pasukan pilihan bergelut, bekas pemain tengah dan pemenang Piala Dunia Perancis itu berkata, dua kemenangan daripada dua perlawanan tidak seharusnya dipandang remeh.

“Kami akan menikmati kemenangan ini dan cuba untuk pulih dan bersedia untuk perlawanan berikutnya bagi memastikan kami menjadi nombor satu (dalam kumpulan) untuk melangkah ke peringkat kalah mati,” kata Deschamps. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia