Harian Metro

TRAGEDI PANCING

- Mohd Rizal Abdullah Mohd.rizal@nstp.com.my

Seorang lelaki warga emas ditemui lemas manakala dua cucu lelakinya masih hilang ketika memancing di tepi dermaga Sungai Baram, di sini, semalam.

Mayat Sujai Jaraee, 72, ditemui terapung di tepi sebuah bot ekspres jam 7 pagi, manakala cucunya Mohd Zafril Wasli, 13, dan Mohd Alyee Ong Zulkifli, 14, masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superinten­dan Gabriel Risut berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga mangsa ke kawasan itu jam 5.50 pagi untuk memancing.

Katanya, kejadian hanya disedari keluargany­a selepas orang awam menemui mayat mangsa terapung di kawasan itu.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Marudi manakala usaha mencari cucu mangsa giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitka­n anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi dan penduduk kampung dilancarka­n jam 8 pagi.

“Sehingga jam 4.30 petang tadi (semalam), keduadua mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim Ah

Lian berkata, operasi SAR agak rumit berikutan tiada penunjuk tepat lokasi mangsa lemas.

“Kami juga menghadapi kesukaran kerana tiada saksi kejadian yang ternampak semua mangsa, sebelum seorang daripada mereka ditemui lemas,” katanya.

Datuk ditemui terapung, dua cucu hilang

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mencari dua
lagi mangsa lemas di jeti Marudi.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mencari dua lagi mangsa lemas di jeti Marudi.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu menaikkan mayat Sujai.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu menaikkan mayat Sujai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia