Harian Metro

Pekerja maut dirempuh lori tangki

-

Seorang pekerja projek lebuh raya Pan Borneo maut manakala dua lagi rakannya cedera dirempuh lori tangki ketika bertugas mengawal lalu lintas di Kilometer 29, Jalan BetongSari­kei di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superinten­dan Mordani Tanin berkata, Enchangan Timban, 42, berasal dari Rumah Jawa Sungai Kerubong disahkan mati di lokasi akibat parah di badan.

Beliau berkata, dua lagi rakan mangsa yang bertugas sebagai pengawal bendera laluan turut cedera ketika cuba menyelamat­kan diri dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sarikei.

“Pada kejadian jam 5 petang itu, ketiga-tiga mangsa sedang bertugas mengawal lalu lintas sebelum dirempuh lori tangki yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori tangki membawa muatan cecair gam papan itu cuba mengelak merempuh sebuah lori lain yang menuju ke jalan utama dari simpang kanan laluan berkenaan.

“Berdasarka­n keterangan pemandu lori tangki berusia 45 tahun, sejurus tiba di lokasi, dia meneruskan perjalanan selepas melihat petunjuk warna hijau dan tulisan ‘Go’ daripada penjaga laluan terbabit.

“Ketika itu, katanya, dia ternampak sebuah lori kuning berhenti di susur keluar sebelah kanan. Pemandu itu juga mendakwa sebuah lori pengangkut tanah tiba-tiba keluar dari laluan kanan itu menyebabka­nnya tidak sempat memberhent­ikan kenderaan sebelum terbabas dan merempuh mangsa,” katanya, semalam.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan pihaknya masih mengesan pemandu lori mengangkut tanah itu bagi membantu siasatan.

 ??  ?? ORANG ramai mengerumun­i mayat mangsa yang dirempuh lori tangki dalam kejadian di Jalan Betong-Sarikei.
ORANG ramai mengerumun­i mayat mangsa yang dirempuh lori tangki dalam kejadian di Jalan Betong-Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia