Harian Metro

Remaja lelaki cedera dibelasah tiga rakan sebaya

-

Miri: Seorang remaja lelaki cedera apabila dibelasah tiga rakan sebayanya selepas dituduh mencuri wang lebihan baki RM50 dalam kejadian di Taman Tunku, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun cedera di beberapa anggota badan dan leher apabila dipukul bertubi-tubi oleh ketiga-tiga suspek.

Menurut sumber, kejadian berpunca apabila mangsa dituduh mencuri lebihan baki wang RM50 yang diberikan suspek kepada mangsa.

Katanya, mangsa diminta membeli tiga kad tambah nilai RM10 setiap satu, dua minuman botol, kuaci dan biskut menggunaka­n wang diberikan suspek.

“Bagaimanap­un, suspek mendakwa mangsa mencuri wang baki berjumlah RM30.

“Walaupun sudah diterangka­n jumlah keseluruha­n barang yang dibeli, suspek berkeras mendakwa mangsa mencuri wang berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian terus dibelasah sebelum mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya.

“Ketiga-tiga suspek kemudian berjaya ditahan keesokanny­a selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 16 tahun dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahka­n kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Walaupun sudah diterangka­n jumlah keseluruha­n barang yang dibeli, suspek berkeras mendakwa mangsa mencuri wang berkenaan”

Sumber

 ??  ?? LI M
LI M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia