Harian Metro

Baiki kediaman kami

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 Penduduk perkampung­an khas orang buta mohon dibantu Ada tiang yang sudah reput dan bila-bila saja boleh runtuh. Selain pertubuhan bantu baiki rumah, ada juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain datang bantu”

Laimin Saganding

Taman Cahaya yang terletak di Pekan Muhibah di sini, yang juga pusat latihan bagi orang buta di Sabah, turut menempatka­n perkampung­an khas bagi orang buta yang pertama di negara ini.

Ketika ini, ada 11 keluarga orang buta yang mendiami perkampung­an khas itu dengan sebahagian besar bekerja sebagai tukang urut, manakala anak pasangan orang buta berkenaan sama ada bekerja di ladang berhampira­n atau di bandar.

Perkampung­an itu adalah bekas tapak lama pusat latihan orang buta yang dibina pada 1969 sebelum berpindah ke kompleks baru Taman Cahaya di kawasan berhampira­n pada 2010.

Kampung itu diwujudkan atas inisiatif Taman Cahaya bagi memberi peluang kepada orang buta yang berkahwin untuk berdikari serta mempunyai rumah.

Laimin Saganding, 50, berasal dari Kampung Narawang, Ranau antara penduduk terawal yang tinggal di perkampung­an khas itu selepas tamat latihan di pusat latihan berkenaan.

Dengan penglihata­n terhad, Laimin cuma mampu bekerja sebagai tukang urut untuk menyara isteri dan lima anaknya berusia tiga hingga 13 tahun.

Ketika ditemui, Laimin berkata, mereka bersyukur kerana disediakan tempat tinggal, namun berharap kerajaan akan membantu membaiki kediaman mereka yang semakin uzur.

“Ada tiang yang sudah reput dan bila-bila saja boleh runtuh. Selain pertubuhan bantu baiki rumah, ada juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain datang bantu.

“Kami harap kerajaan bantu kami untuk baiki rumah atau luluskan permohonan kami untuk dapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampira­n,” katanya.

Sementara itu, Yusuf Apalal, 50, yang buta sejak kecil berkata, dia tinggal di situ bersama anak-anaknya berusia 11 hingga 25 tahun, manakala isterinya yang juga cacat penglihata­n meninggal dunia pada 2009.

“Kewujudan kampung ini membolehka­n golongan cacat penglihata­n mempunyai tempat tinggal sendiri, namun kami harap kerajaan boleh bantu baiki rumah.

“Biarpun kami nampak sihat, namun ada kekurangan kerana tidak boleh melihat dan sukarkan kami cari kerja. Pendapatan kerja mengurut pun tak tentu,” katanya.

 ??  ?? PERKAMPUNG­AN bagi orang buta yang kini menempatka­n 11 keluarga di Taman Cahaya.
PERKAMPUNG­AN bagi orang buta yang kini menempatka­n 11 keluarga di Taman Cahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia