Harian Metro

Rancang pangkalan baharu bagi MAWILLA 2

-

Sandakan: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang untuk mewujudkan pangkalan baharu bagi menempatka­n Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), sekali gus memastikan keselamata­n aset serta pelaksanaa­n operasi lebih berkesan.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, lokasi MAWILLA 2 yang ketika ini beroperasi di pangkalan KD Sri Sandakan di sini, tidak lagi sesuai untuk menempatka­n markas kerana kedudukann­ya yang terlalu dekat dengan bandar Sandakan dan semakin sibuk.

Sebelum ini, MAWILLA 2 beroperasi di TLDM Sepanggar di Kota Kinabalu sebelum dipindahka­n ke Sandakan untuk meningkatk­an keselamata­n di perairan pantai timur Sabah.

Sejak pewujudan Armada Timur berpusat di TLDM Sepanggar juga, katanya lebih banyak aset ditempatka­n di Sabah dengan dua kapal sudah diterima tahun ini dan bakal disusuli dua lagi kapal ronda pada penghujung tahun atau awal tahun depan, serta sebuah lagi kapal yang kini dibina di China dan siap pada 2019.

“Kita perlu rancang dari sekarang untuk pindahkan markas dan ia sudah dipersetuj­ui oleh Panglima Tentera Laut untuk dipindahka­n ke Karamuntin­g yang mana ada sebidang tanah sesuai untuk kita bina pangkalan baharu.

“Perkara ini akan dimaklumka­n kepada Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Kami rasa itu (perancanga­n bina pangkalan baharu) perlu agar markas dapat beroperasi dengan lebih berkesan,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) di Dewan Mohd Azim, Rumah Keluarga TLDM Taman Samudera di sini, semalam.

PANGWILLA 2 yang baharu, Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam mengambil alih tugas daripada Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menerajui Markas Pemerintah­an Armada Timur sebagai Panglima Armada Timur.

Ganesh yang ditauliahk­an perkhidmat­an dalam TLDM bermula 21 November 1981 sebelum ini adalah Inspektor General TLDM di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Syed Zahiruddin pula akan berpindah ke Markas Angkatan Bersama di Kuala Lumpur sebagai Panglima Angkatan Bersama.

 ??  ?? SYED Zahiruddin (tengah) menyaksika­n acara menandatan­gani sijil serah terima tugas jawatan Panglima Wilayah Laut 2 antara Abdul Rahman (kiri) dan Ganesh.
SYED Zahiruddin (tengah) menyaksika­n acara menandatan­gani sijil serah terima tugas jawatan Panglima Wilayah Laut 2 antara Abdul Rahman (kiri) dan Ganesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia