Harian Metro

WAJIB AIR TANGAN KITA

 Restoran diwajib ambil tukang masak tempatan untuk bekerja mulai 1 Januari 2019

- Petaling Jaya

“Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember,” demikian kenyataan tegas Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran yang mahu hanya tukang masak warga Malaysia di semua kedai makan mulai 1 Julai dan akan dikuatkuas­akan sepenuhnya pada 1 Januari 2019. Keputusan itu mengejutka­n Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) yang meramalkan implikasi besar akan dihadapi pengusaha kerana sukar mendapat tukang masak tempatan.

Kementeria­n Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M Kulasegara­n, berkata bagaimanap­un semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan saja bekerja di restoran mereka dan peraturan baru itu akan dikuatkuas­akan mulai 1 Januari 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian.

“Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya ketika ditemui BERNAMA News Channel di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA) di Petaling Jaya.

Katanya, kementeria­n akan mengadakan perjumpaan dengan

PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) dalam masa terdekat untuk membincang­kan pelaksanaa­n tukang masak tempatan di restoran.

Kulasegara­n berkata, langkah ini dapat mengurangk­an kebergantu­ngan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata, tindakan kementeria­nnya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kulasegara­n itu, Presiden PRISMA

P Muthusamy berkata, keputusan itu agak mengejutka­n dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatka­n tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lalu kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Muthusamy berharap kementeria­n akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanak­an keputusan itu.

Presiden PRESMA, Ayub Khan pula berkata, masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia