Harian Metro

‘TENANG INI UJIAN TUHAN’

Suami sempat nasihat isteri sebelum prosiding bermula

- Shahrul Nizam Mohamad cnews@nstp.com.my

“Keputusan menghantar isteri saya ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama satu bulan adalah satu tindakan bijak.

“Saya terima dan menghormat­i keputusan berkenaan dengan hati terbuka,” kata Muhammad Rizal Jusoh, 42, isteri kepada Asmani Mat, 31, yang menghadapi pertuduhan membunuh anak lelakinya Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di kediaman mereka di FELDA Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Maran, Ahad lalu.

Terdahulu, Muhammad Rizal bersama sanak-saudara dan ahli keluarga hadir di Mahkamah Majistret Temerloh seawal jam 8 pagi untuk mengikuti prosiding pertuduhan terhadap isteri.

Muhammad Rizal berkata, dia sempat bertemu dengan isterinya sebelum prosiding bermula.

“Ketika bertemu, saya menenangka­nnya dan meminta bersabar dengan ujian Allah SWT.

“Isteri juga sempat bertanya di mana dua lagi anak iaitu Mohamad Nur Rusyaidi, 7, serta Mohamad Rafiuddin, 5, dan saya menjawab tidak perlu risau kerana dua beradik berkenaan sihat selain sudah mengetahui kejadian sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, sepanjang ketiadaan isterinya, dia sudah bersedia menjadi ‘ibu’ serta bapa dan ketua keluarga bagi menjaga dua anaknya itu.

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.

Kejadian disedari Muhammad Rizal ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 sebelum terdengar suara Muhammad Nur Rashdan merengek lemah di dalam bilik.

Dia bertindak menolak isterinya dan memangku mangsa untuk dikejarkan ke

Hospital Bandar

Jengka namun doktor mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

Keputusan menghantar isteri saya ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama satu bulan adalah satu tindakan bijak”

Muhammad Rizal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia