Harian Metro

Ada suruh Yuna buka tudung

-

Kuala Lumpur: “Ada pihak yang cuba menukar imej saya termasuk meminta saya menanggalk­an tudung ketika mula-mula membabitka­n diri dalam bidang muzik,” kata penyanyi popular Yuna ketika menceritak­an pengalaman awalnya dalam bidang muzik.

Yuna, 32, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, kisah itu dikongsika­n dalam filem pendek berjudul Wanita Besi.

“Saya tetap mahu menjadi diri sendiri tetapi yang lebih baik. Itu antara kisah hidup yang saya kongsikan dalam filem pendek itu.

Menurut Yuna, apa yang menarik dalam filem pendek untuk produk Pantene itu ialah ia memaparkan kisah hidupnya yang tidak diketahui umum.

“Sebenarnya, saya malu dan rasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi kepada orang ramai. Namun, saya bersetuju untuk terbabit dalam filem pendek ini kerana ia bukan cerita yang tipikal,” katanya yang juga duta Pantene Malaysia. Menurut penyanyi yang bertapak di Amerika Syarikat ini, Wanita Besi juga mengangkat kisah hidupnya dari zaman persekolah­an hingga pembabitan dalam bidang muzik.

“Ia memaparkan kisah saya ketika zaman persekolah­an dulu yang suka berangan, menulis lirik dan pernah kena marah dengan guru.

“Penggambar­annya hanya mengambil masa sehari dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya,”katanya.

Ditanya pandangann­ya mengenai maksud wanita besi pula, Yuna berkata, setiap manusia mempunyai kekuatan dalaman dan perlu yakin dengan diri sendiri.

“Kita perlu mencari kekuatan dalaman dan kena yakin dengan diri kita. Justeru, kita tidak boleh dengar cakap orang yang salah,” katanya.

Filem pendek berdurasi lima hingga 10 minit itu akan mula ditayangka­n di saluran YouTube Pantene, Isnin ini.

Saya tetap mahu menjadi diri sendiri tetapi yang lebih baik. Itu antara kisah hidup yang saya kongsikan dalam filem pendek itu”

Yuna

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia