Harian Metro

Ubah sikap cef dulu baru laksana

-

Kuala Lumpur: Sikap cef dan tukang masak tempatan perlu diubah terlebih dahulu jika kerajaan benar-benar mahu melaksanak­an cadangan untuk tidak membenarka­n restoran seluruh negara menggaji warga asing dalam kepakaran itu.

Pandangan itu disuarakan Prof Adjung Datuk Dr Redzuawan Ismail atau Cef Wan menerusi akaun Instagramn­ya susulan gesaan Kementeria­n Sumber Manusia supaya semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing.

Cef Wan berkata, cadangan kerajaan untuk tidak membenarka­n warga asing sebagai tukang masak amat tidak kena kerana bidang penyediaan makanan tidak ada hadnya.

“Negara lain tidak pernah mengamalka­n undang-undang seperti ini kerana ia seperti mewujudkan sentimen kelas kedua dalam kalangan mereka yang menetap di negara ini untuk mencari punca pendapatan.

“Sekiranya, arahan ini dikeluarka­n kerana sikap warga asing, penyelia restoran patut mengawal selia dan mengajar mereka supaya menyediaka­n makanan mengikut standard kebersihan yang ditetapkan.

“Saya juga pernah dengar banyak restoran yang kotor ini memberi rasuah kepada pihak berkuasa sekiranya premis mereka didapati kotor ketika operasi atau pemeriksaa­n dijalankan. Ini yang berlaku sejak dahulu lagi dan siapa yang patut dipersalah­kan dalam isu ini,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan adakah standard makanan di negara ini akan meningkat dengan hanya mengupah tukang masak tempatan di semua restoran sedangkan sikap rakyat Malaysia terutamany­a tukang masak itu sendiri yang perlu diubah.

“Lebih baik lihat kelemahan kita sendiri daripada menunding jari kepada warga asing. Ramai pemilik restoran dan hotel yang mengalami masalah untuk mengupah rakyat tempatan sebagai tukang masak.

“Ramai yang tidak memiliki pengalaman namun mempunyai permintaan tinggi, malah mereka ini tidak kerja secara tetap di sesebuah restoran. Kita perlu lebih matang dan bijak dalam menangani keadaan seperti ini berikutan cef yang berkualiti dan berpengala­man di negara ini semakin kurang.

“Banyak sekolah atau pusat pengajian yang menawarkan seni kulinari tetapi cef dilahirkan kurang berkualiti. Perkara ini kerap dibangkitk­an dalam kalangan pengusaha hotel dan cef eksekutif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia