Harian Metro

Ku Li mahu parti bangkit

-

Gua Musang: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan faktor utama beliau menawarkan diri bertanding untuk jawatan Presiden UMNO semata-mata mahu melihat parti kembali bangkit, bukannya mengejar pangkat atau kedudukan.

Katanya, UMNO sudah mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga tiada apa lagi yang mahu dikejar melainkan tampil atas dasar tanggungja­wab dan pengorbana­n.

“Selepas UMNO kalah, ramai yang datang berjumpa saya supaya menawarkan diri untuk bertanding termasuk Khairy Jamaluddin. Saya berfikir beberapa kali kerana sudah lama menyepi selain kurang mengenali barisan kepimpinan UMNO.

“Saya juga merujuk kepada keluarga namun keluarga meminta saya bersara memandangk­an sudah 60 tahun saya mengabdika­n diri kepada parti selain faktor usia.

“Namun, saya tidak boleh lari daripada tanggungja­wab dan saya tidak sanggup melihat parti yang sudah didokong selama 60 tahun terkubur begitu saja. Ini yang menyebabka­n saya nekad untuk kembali,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri di Bukit Cekati di sini, semalam.

Tengku Razaleigh menerusi ucapannya juga yakin UMNO mampu bangkit semula dengan kerja keras dan pengorbana­n yang dilakukan jentera parti demi menarik semula keyakinan rakyat.

“Saya mahu nama baik UMNO, kehebatan dan usaha kita kembali meniti di bibir rakyat. Untuk kembalikan keyakinan rakyat, kita perlu curahkan tenaga

sehabis daya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia