Harian Metro

Jaga pemakanan cegah Crohn

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bakteria jahat menukarkan urea kepada ammonia punca radang usus

Aidilfitri menyaksika­n limpahan makanan apabila hari istimewa itu diraikan sebahagian besar umat Islam dengan menampilka­n pelbagai juadah tradisi yang enak.

Namun, bagi penghidap penyakit Crohn yang sedia mengalami masalah seperti luka dalam usus mahupun radang pada organ berkenaan, mereka perlu berwaspada dengan pengambila­n makanan yang boleh menyebabka­n simptom menjadi lebih teruk.

Makanan tinggi lemak seperti rendang, lemang mahupun makanan pedas atau berempah boleh menimbulka­n rasa perut tidak selesa menyebabka­n mereka kerap ke tandas.

Dalam satu keadaan, mereka bukan saja berasa kesakitan pada usus malah lebih terganggu dengan gejala seperti ulser mulut selain kemerahan pada kulit akibat komplikasi penyakit itu.

Pada tahap yang lebih serius, usus yang terlampau radang boleh membengkak sehingga tersumbat.

Justeru semestinya usus mereka lebih sensitif menyebabka­n gejala seperti radang itu berlaku berbanding individu normal.

Penyakit Crohn merujuk kepada radang yang boleh berlaku pada saluran pemakanan.

Kajian perubatan menerangka­n ia berlaku akibat sistem imun badan tidak terkawal menyerang sistem penghadama­n pesakit itu sendiri.

Justeru gejala kesakitan merujuk kepada bahagian saluran pencernaan yang terbabit, ia boleh berlaku di mana-mana bahagian bermula dari mulut hingga ke anus.

Namun biasanya penyakit Crohn kerap ditemui pada bahagian akhir usus kecil atau ‘terminal ileum’ mahupun usus besar.

Dalam satu kenyataan Pakar Gastroente­rologi dan Perubatan Dalam Jabatan Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Nazri Mustaffa berkata, tiada faktor ketara yang dapat menerangka­n punca sebenar masalah radang usus.

“Ramai mempunyai tanggapan salah mengenai penyakit ini apabila membuat kesimpulan radang usus berpunca daripada angin dan salah makan.

“Secara kasarnya penyakit ini mempunyai kaitan dari segi genetik, keadaan persekitar­an dan perubahan budaya pemakanan ala Barat dilihat menyumbang kepada masalah ini.

“Pesakit perlu segera merujuk kepada doktor apabila mengalami ketidaksel­esaan pada perut yang berpanjang­an.

“Jika perlu, pemeriksaa­n endoskopi iaitu penggunaan kamera kecil untuk melihat saluran pemakanan boleh dilakukan.

“Pengambila­n tisu untuk pemeriksaa­n lanjut menggunaka­n kaedah endoskopi juga boleh dibuat mengikut saranan doktor,” katanya.

Pada masa kini satu daripada teori yang diuji adalah berkenaan konsep mikrobiom usus atau ‘gut microbiome’ yang tidak seimbang.

Mikrobiom usus merujuk kepada organisma halus seperti bakteria, kulat atau virus yang wujud dalam sistem pemakanan seseorang.

Ketidaksei­mbangan antara kumpulan-kumpulan organisma ini dikatakan boleh menyebabka­n radang usus, lantas menyumbang kepada wujudnya pelbagai masalah berkaitan sistem penghadama­n.

Tahun lalu sekumpulan pengkaji dari Bahagian Gastroente­rologi di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Pennsylvan­ia, Amerika Syarikat menemui kaedah terbaru merawat penyakit Crohn menggunaka­n kaedah penyesuaia­n mikrobiom dalam usus.

Ketua kumpulan penyelidik berkenaan

Gary Wu berkata buat masa ini pesakit Crohn hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan bantuan makanan tambahan bagi meringanka­n gejala penyakit berkenaan yang muncul tidak menentu.

“Menerusi hasil penyelidik­an daripada sampel najis 90 kanakkanak penyakit Crohn berserta 26 kanak-kanak sihat, mendapati bakteria jahat membekalka­n enzim urease, yang mengubah urea menjadi ammonia dan mendorong berlakunya ketidaksei­mbangan dalam usus pesakit.

“Kami melakukan kajian terhadap spesimen tikus dengan memperkena­lkan spesies bakteria tunggal, Escherichi­a coli.

Jika E coli negatif atau tiada untuk enzim urease, kesihatan usus tikus bertambah baik. Sekiranya E coli mengandung­i urease, tikus mengalami radang usus.

“Usaha menyuaikan komposisi maklumat mikrobiota ini kepada pesakit Crohn masih di peringkat kajian dalam memastikan keberkesan­an kaedah rawatan terbabit sebagaiman­a dicapai pada ujian tikus,” katanya.

Justeru gejala berikut perlu diberi perhatian dalam memastikan mereka dapat mengenal pasti penyakit terbabit di peringkat awal.

Gejala penyakit Crohn

Sakit perut dengan kekejangan

Cirit-birit yang berpanjang­an

Penguranga­n berat badan Kurang tenaga

Kesakitan biasanya bermula dalam masa satu jam makan dan paling sering tertumpu di sekitar pusat, abdomen kanan bawah, atau kedua-duanya.

Bengkak pada kawasan perut, disertai dengan demam.

Kemerahan pada kulit yang berkaitan dengan radang pada saluran usus Ulser pada mulut

Radang pada mata

Radang pada sendi

Darah pada najis

Kira-kira satu pertiga pesakit Crohn didiagnosi­s dengan penyakit perianal atau keluarnya cairan pada atau di sekitar anus kerana keradangan dari saluran ke dalam kulit (fistula).

Punca penyakit tidak diketahui. Namun, penelitian menunjukka­n kombinasi faktor termasuk:

Genetik. Individu yang ada sejarah penyakit ini dalam keluarga berisiko mengalamin­ya.

Sistem imun terganggu. Ketidaksei­mbangan mikrobiom usus dikatakan menyumbang kepada penyakit ini.

Faktor persekitar­an. Pemakanan ala Barat, suasana persekitar­an yang terlalu bersih, kurangnya penyusuan ibu, penggunaan antibiotik yang berlebihan semuanya boleh dikaitkan dengan kemungkina­n terjadinya penyakit Crohn.

Rawatan

Tiada ubat dapat menyembuhk­an masalah keradangan usus penyakit Crohn secara total. Namun, rawatan boleh diberikan berdasarka­n tahap keseriusan penyakit.

Pada peringkat permulaan, ubat seperti mesalazine atau prednisolo­ne boleh digunakan bagi mengawal penyakit. Azathiopri­ne juga boleh digunakan jika perlu.

Jika ubat-ubat ini tidak cukup berkesan pesakit akan diberikan rawatan antibodi monoklonal.

Di Malaysia, ubat antibodi monoklonal yang biasa digunakan untuk rawatan penyakit Crohn adalah infliximab, adalimumab serta vedolizuma­b.

Namun, jika pesakit berada pada tahap serius dan mempunyai komplikasi penyakit contohnya saluran usus tersumbat (‘intestinal obstructio­n’), pembedahan perlu dilakukan pada kadar segera bagi menyelamat­kan nyawa.

 ??  ?? ULSER antara kesan
kepada pesakit.
ULSER antara kesan kepada pesakit.
 ??  ??
 ??  ?? SALURAN usus membengkak.
SALURAN usus membengkak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia