Harian Metro

TERPAKSA POTONG

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

 Lebih 1,000 rakyat Palestin bertarung nyawa untuk rawatan

Lebih 1,000 mangsa serangan rejim Zionis sedang menderita dan terpaksa menunggu giliran bagi mendapatka­n rawatan berikutan kekurangan pakar, peralatan serta ubatubatan di Gaza.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata, sebahagian besar daripada mangsa adalah peserta perhimpuna­n Great Return March masih berlangsun­g sehingga sekarang.

Penderitaa­n umat Islam Palestin itu disaksikan sendiri Dr Mohd Zin yang menyertai misi Aqsa2Gaza2­0 (A2G20) penghujung Ramadan lalu.

“Saya melihat mangsa kekejaman Israel seakan reda dengan apa yang menimpa mereka biarpun terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatka­n rawatan berikutan bekalan ubat-ubatan terhad.

“Akibat terlalu lewat diberikan rawatan ada mangsa mengalami jangkitan kuman kemudian merebak ke organ badan lain,” katanya.

Pada misi itu, beliau berjumpa dengan Timbalan Menteri Kesihatan Gaza Dr Yousief Abu al-Reesh untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai keadaan pesakit di negara itu.

“Yousief memaklumka­n angka pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatka­n rawatan mungkin bertambah berikutan jumlah peserta Great Return March akan meningkat mendadak setiap Jumaat.

“Luka atau kecederaan yang tidak dirawat membusuk akibat jangkitan kuman, hingga ada yang terpaksa dipotong. Tidak kurang juga menemui ajal akibat kekurangan bekalan ubat-ubatan.

“Hasil tinjauan dilakukan saya mendapati aspek perubatan paling kritikal berikutan bekalan yang begitu terhad,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MyCARE Johor berkata, berikutan itu aspek perubatan akan diberi keutamaan dalam projek MyCARE dalam masa terdekat.

“Selain itu, kami juga perlu berusaha menambah baik keperluan dan peralatan perubatan, membaiki bangunan hospital yang uzur serta menambah jumlah pakar dalam pelbagai bidang.

“Cadangan itu sudah dibincangk­an dalam mesyuarat MyCARE semalam (kelmarin). Kami juga sepakat melancarka­n projek penjagaan kesihatan untuk Gaza dalam masa terdekat,” katanya.

Jelasnya, selain mengharapk­an pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyCARE juga meminta bantuan daripada pihak lain termasuk Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatka­n bantuan pakar.

“Perhatian juga akan diberikan kepada petugas perubatan di sana, mereka mengalami tekanan berikutan bekerja lebih masa setiap hari dan berdepan pelbagai situasi cemas di luar dugaan.

“Berikutan itu kami cuba membawa pakar motivasi dari Malaysia untuk memberi semangat kepada mereka agar terus tabah dalam menempuh segala cabaran mendatang,” katanya.

Katanya, orang ramai mahu membantu boleh menyumbang menerusi akaun Maybank Islamic (5642585606­98) atau CIMB Islamic (8602135592) atau Bank Islam (1209201003­49 04) atas nama Humanitari­an Care Malaysia Berhad.

 ??  ?? DR Mohd Zin melihat mangsa kekejaman Israel mendapatka­n rawatan.
DR Mohd Zin melihat mangsa kekejaman Israel mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia