Harian Metro

‘Saya tergamam lihat kejadian’

-

Temerloh: “Ada yang menangis, menjerit meminta tolong kerana terperangk­ap dalam kenderaan, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum menghubung­i pasukan penyelamat,” kata saksi terawal kejadian kemalangan maut di Kilometer 149 Jalan Kuantan-Temerloh, Batu 7, dekat sini, semalam.

Saksi itu yang dikenali sebagai Lim berkata, sebelum kejadian dia yang dalam perjalanan menghala ke Karak dari Mentakab memberhent­ikan keretanya secara mengejut selepas sebuah kenderaan membrek secara tiba-tiba.

Katanya, dia kemudian keluar daripada kenderaan dan terkejut apabila melihat Proton Exora dan Toyota Hilux serta treler terbabit dalam kemalangan.

“Saya menghampir­i Proton Exora Exora itu dan melihat mangsa di dalamnya. Saya tergamam apabila melihat ada di antaranya mengetuk cermin sambil menjerit meminta tolong namun saya tidak mampu melakukan apa-apa.

“Saya menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, dia juga bimbang selepas mendapati minyak sebuah daripada kenderaan terbabit dalam kemalangan terbabit bocor namun ia berjaya dikawal pasukan bomba yang tiba tidak lama selepas itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dua beradik yang menaiki Proton Exora Exora, Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan adiknya, Khasrul Ikhwan, 18, serta pemandu Toyota Hilux, Chua Jyh Shyong, 37, maut.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila treler membawa muatan kertas dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an.

Treler berkenaan merempuh Proton Exora Exora dan Toyota Hilux hingga menyebabka­n Khasrul Haizal, Khasrul Ikhwan serta Jyh Shyong maut akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ada yang menangis, menjerit meminta tolong kerana terperangk­ap dalam kenderaan, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum menghubung­i pasukan penyelamat”

Lim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia