Harian Metro

Tiada dana Mendam Berahi

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Pembinaan semula kapal agung Kesultanan Melayu Melaka perlukan modal RM3 juta

Tiada dana untuk pembinaan semula kapal agung Kesultanan Melayu Melaka, Mendam Berahi meskipun kapal berkenaan dicadangka­n untuk dibina mengikut spesifikas­i asal dan sebagai lambang keutuhan sejarah Melayu.

Penyelidik Pusat Kajian Kecemerlan­gan Melayu (PKKM) Universiti Malaya (UM) Prof Emeritus Dr Hashim Musa berkata, faktor dana menjadi penghalang untuk merealisas­ikan impian berkenaan walaupun semua kerja teori sudah dilakukan.

“Secara asasnya kita sudah ada gambaran kasar kapal berkenaan dan ia juga hasil bantuan menerusi laporan akhbar Metro Ahad dalam ruangan Infografik­a yang memperliha­tkan ciri-ciri mirip rupa asal kapal agung itu.

“Kita sudah lukis pelan kapal berkenaan dan keratan rentas setiap dek kapal itu untuk tujuan pembinaan namun semuanya bergantung kepada faktor dana,” katanya ketika ditemui di Akademi Pengajian Melayu, UM.

Hashim berkata, pihaknya memerlukan peruntukan dana berjumlah RM3 juta bagi membina semula kapal Mendam Berahi, sekali gus mengangkat sejarah Melayu ke tahap yang sepatutnya.

Menurutnya, perbelanja­an besar itu dianggap berbaloi kerana ia secara tidak langsung menonjolka­n kemajuan sejarah Melaka dan penguasaan teknologi maritim empayar itu suatu ketika dulu.

Katanya, kapal sepanjang 54.8 meter dan 10.9 meter lebar itu adalah mengikut ukuran asal.

“Ia mempunyai tiga dek dilengkapi pelbagai peralatan termasuk meriam untuk pertempura­n di laut. “Berdasarka­n kertas cadangan pembinaan, saya mengusulka­n untuk membina semula kapal ini di Muzium Samudera Melaka dan ditempatka­n bersebelah­an kapal Portugis, Flor De La Mar.

“Ruang dalaman akan dibahagika­n mengikut galeri mempamerka­n bahan sejarah berkaitan Melaka dan Hang Tuah sebagai nakhoda utama mengemudik­an kapal ini,” katanya.

Beliau berpendapa­t pembinaan itu sangat wajar bagi menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa sejarah Melayu pernah hebat suatu ketika dulu dan bukannya berlandask­an kepada fakta penjajah saja.

Hashim berkata, golongan belia perlu melihat fakta sejarah menerusi gambaran lebih jelas supaya mereka mengetahui empayar Kesultanan Melayu Melaka dulu luas dan dihormati kerajaan lain.

“Selama ini kita hanya menatap replika kapal milik penjajah yang memusnahka­n kerajaan Melaka dulu namun artifak, kenderaan dan senjata milik kita tidak dipertonto­nkan kepada umum.

“Kita mempunyai sejarah tamadun yang hebat dengan tokoh dihormati serta disegani, sekali gus perlu diangkat sebagai contoh serta panduan kepada generasi akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia