Harian Metro

‘Idea bagus tetapi...’

- BERNAMA Fairuz Zaidan fairuzaida­n@nstp.com.my

“Perancanga­n dan penyelidik­an menyeluruh perlu dilakukan sebelum menetapkan semua restoran di negara ini menggunaka­n khidmat tukang masak tempatan,” kata aktivis persatuan pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM menyambut baik cadangan Kementeria­n Sumber Ma- nusia itu yang mengutamak­an tukang masak tempatan.

Bagaimanap­un, rundingan perlu dilakukan terlebih dulu antara pihak kementeria­n dan pihak berkepenti­ngan seperti pengusaha kedai makan dan persatuan pengguna.

“Rata-rata restoran kini menggunaka­n tukang masak warga asing contohnya di kedai masakan mamak, pemiliknya lebih gemar mengambil tukang masak dari India manakala kedai masakan dari pantai timur majoritiny­a tukang masak dari Thailand.

“Sama seperti kedai makanan Cina dan lain-lain, mereka menggaji tukang masak sama ada dari Vietnam, China dan negara lain,” katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran, semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuas­akan mulai 1 Januari depan.

Nadzim berkata, cadangan itu akan menyelesai­kan masalah membabitka­n tukang masak warga asing, tetapi kementeria­n juga perlu mempertimb­angkan gaji sesuai untuk tukang masak tempatan dan masalah kos yang perlu ditanggung pengusaha restoran.

“Masalah kebersihan tukang masak warga asing menjadi isu sejak akhir-akhir ini. Ia perlu ditangani dengan tegas oleh pihak berwajib kerana ia membabitka­n kesihatan orang awam.

“Selain itu, isu yang perlu diberi perhatian ialah tukang masak yang tidak mempunyai dokumen yang sah iaitu pasport, permit kerja dan sebagainya,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata, Kementeria­n Sumber Manusia tidak seharusnya membuat keputusan secara terburu-buru tanpa melakukan rundingan dan persetujua­n daripada mereka yang terbabit dalam perniagaan kedai makan.

Kerajaan Melaka sedia mempertimb­angkan cadangan Kementeria­n Sumber Manusia untuk mengutamak­an warga tempatan bekerja sebagai tukang masak, antara langkah memelihara menu tradisi serta warisan negeri ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, pengawalan itu perlu dalam usaha mengekalka­n nilai tradisi tempatan khususnya bagi negeri tumpuan pelancong seperti Melaka.

“Kita sedia mempertimb­angkan (cadangan) bagi menjaga tradisi Melaka. Pelanconga­n sebenarnya turut memberi nilai dari sudut mengekalka­n tradisi masakan, sejarah dan nilai warisan yang kita miliki.

“Pengawalan itu perlu ada untuk memelihara sebahagian nilai tradisi. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Melaka untuk menyertai pembanguna­n di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka di

 ??  ?? NADZI M
NADZI M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia