Harian Metro

Anwar dalam proses pemulihan

-

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam proses pemulihan akibat sakit bahu dan belakang.

Timbalan Perdana

Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melawat suaminya sebelum menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor di sini, berharap Anwar pulih tidak lama lagi.

“Selepas (dia dimasukkan ke hospital) semalam, (dia) lebih baik pagi ini. Saya jumpa dia sebelum datang ke sini. Alhamdulil­lah, teruskan berdoa, kami sangat berterima kasih atas segala sokongan dan doa yang diberikan kepadanya.

“Saya fikir dia akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi untuk meneruskan kerjanya,” katanya di Padang B, Dataran Kemerdekaa­n Shah Alam di sini, semalam.

Anwar dilaporkan mengalami kesakitan di bahu dan belakang selepas kembali dari Turki baru-baru ini.

Dalam perkembang­an lain, Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan dan PKR berkata pihaknya menerima sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu untuk berkhidmat kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang keluar dari UMNO dan Barisan Nasional (BN), serta memberi sokongan kepada PH dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itulah prerogatif dan pilihannya. Saya fikir kami mengalu-alukan sesiapa menyertai (PH) dan membuat perubahan untuk negara ini” katanya.

Ditanya jika PH akan menerima Noor Azmi sebagai ahli jika dia mahu menyertai pakatan itu, beliau berkata: “Kami menyerahka­nnya ke PH negeri untuk membincang­kannya.”

 ??  ?? DR Wan Azizah
DR Wan Azizah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia