Harian Metro

Nafi simpan RM300 juta di luar negara

-

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau memiliki simpanan wang yang didakwa bernilai lebih RM300 juta didepositk­an dalam beberapa bank miliknya di luar negara.

Beliau berkata tidak mahu terlalu melayan politik kotor yang jelas tidak bersandar bukti namun menegaskan jika betul memiliki wang simpanan mencecah ratusan juta ringgit, beliau menegaskan tidak akan berada di sini terutama dalam PKR.

“Ini tuduhan berniat jahat dan palsu. Kita tidak boleh melayan fitnah sebegini.

“Jangan tuduh berdasarka­n fitnah dan perkara yang tidak berasas,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Selangor di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai pautan artikel https://toyolofsel­angor. wordpress.com yang berjudul ‘Toyol of Selangor’ yang tersebar melalui aplikasi Whatapps.

Penulis blog yang kononnya mengaku sebagai kakitangan Mohamed Azmin mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu merompak duit rakyat dan tindakan pemimpin itu memaksa penulis tidak boleh berdiam diri kerana perlu memberitah­u kebenaran kepada rakyat.

Tulis penulis blog itu lagi, “hari ini menjadi hari terakhir toyol Selangor (merujuk pada Mohamed Azmin) sebagai MB (Menteri Besar) kerana kini (Mohamed Azmin) akan beri tumpuan pula untuk merompak aset persekutua­n.”

Penulis yang enggan mendedahka­n identiti kerana bimbang keselamata­n keluarga dan dirinya akan diancam bahaya juga mendakwa, pelbagai akaun bank ditemui di negara yang berbeza melalui penyiasata­n bebas.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia