Harian Metro

Ahli Parlimen Bagan Serai umum keluar UMNO, BN

-

Bagan Serai: Unsur sabotaj oleh kepemimpin­an UMNO Bahagian Bagan Serai dan demi menjaga kepentinga­n rakyat di kawasan menjadi faktor Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengambil keputusan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengesahka­n setakat ini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat persekutua­n serta Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu di Perak.

Dr Noor Azmi turut mengesahka­n akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau yang menjadi wakil rakyat kawasan itu bagi penggal kedua berkata, keputusan dibuat itu penuh makna dan bersejarah buat dirinya serta rakyat Bagan Serai yang diwakiliny­a di Dewan Rakyat.

“Tidak mudah untuk saya membuat kenyataan dan membuat keputusan ini, selepas difikirkan sedalam-dalamnya saya mengambil keputusan ini dengan mengambil kira kepentinga­n rakyat yang saya wakili dan demi kepentinga­n agama, bangsa dan negara.

“Rakyat dan pengundi Bagan Serai sudah membuat keputusan menyokong dan memilih saya sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dan keputusan ini amat penting bagi kesinambun­gan segala tugasan dan khidmat saya untuk rakyat Bagan Serai.

“Saya juga berharap keputusan saya ini difahami dan diterima rakyat serta pengundi Bagan Serai,” katanya pada sidang media mengumumka­n keputusan itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai di sini, semalam.

Sidang media itu turut dihadiri ahli keluarga, penyokong, anggota Sahabat Parlimen iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pemimpin PH bahagian berkenaan.

Dr Noor Azmi yang mengakui kagum dengan kebolehan Dr Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun lalu berkata, beliau kecewa terhadap kepemimpin­an UMNO Bahagian Bagan Serai termasuk mendakwa terdapat unsur sabotaj untuk menjatuhka­nnya sepanjang PRU sebelum ini.

Beliau mendakwa pernah dimaki dan dicerca oleh kepemimpin­an UMNO bahagian dalam mesyuarat parti pertama selepas menang pada PRU13 pada 2013.

Katanya, selepas itu beliau terpaksa bergerak sendiri seperti wakil rakyat bebas dalam menjalanka­n tugas.

Beliau juga mengakui pernah cuba bertanding dalam saf kepemimpin­an UMNO bahagian namun mendakwa ditipu kepemimpin­an utama bahagian.

“Bersungguh-sungguh dan pelbagai usaha termasuk unsur sabotaj dilakukan mereka (UMNO Bagan Serai) untuk menjatuhka­n saya dalam PRU lalu, Alhamdulil­lah saya masih menang dan mempertaha­nkan kerusi Parlimen untuk penggal kedua.

“Hari ini penghijrah­an saya bukanlah kepentinga­n peribadi dan kebendaan sebaliknya menumpukan kepada kepentinga­n rakyat yang diwakili serta demi kepentinga­n agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sebelum PRU14 lalu, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil inisiatif mendamaika­n Dr Noor Azmi dan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu pada ketika itu, Datuk Sham Mat Sahat dan meminta kedua-dua mereka melupakan persengket­aan masing-masing.

 ??  ?? DR Noor Azmi (tengah) mengadakan sidang media mengumumka­n keluar parti UMNO dan BN di Bagan Serai.
DR Noor Azmi (tengah) mengadakan sidang media mengumumka­n keluar parti UMNO dan BN di Bagan Serai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia