Harian Metro

‘Jangan salah guna kuasa’ ‘Karier saya tak berakhir’

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak menyalah guna kuasa diberikan rakyat sebagai pemerintah untuk membalas dendam.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tidak ada beza jika PH sebelum ini mendakwa Barisan Nasional (BN) melakukan salah guna kuasa sedangkan kerajaan baharu juga dilihat menyalah guna kuasa diberikan.

Menurutnya, mereka perlu bertanggun­gjawab dengan keputusan dibuat.

“Saya tidak takut pada dendam mereka yang kalah, kerana orang kalah tidak ada kuasa, tetapi dendam orang yang menang berbahaya sebab dia ada kuasa.

“Kenapa tuduh BN salah guna kuasa sedangkan bila mereka (PH) dendam, mereka juga akan menyalahgu­nakan kuasa. Kita tunggu dan lihat sahaja,” katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Shahrir menegaskan keputusan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) keluar dari BN adalah sesuatu yang dijangka dan tidak memberi sebarang masalah kepada UMNO.

“Ia sudah dijangka, kadang-kadang kalau hendak berkawan mesti dengan orang kuat, jadi pemerintah dan semua orang berhak membuat keputusan.

“Jika mereka rasakan keluar dari BN adalah langkah terbaik, silakan.

“Ia tidak membawa masalah kepada UMNO, tetapi takkan keputusan seperti ini dibuat setiap kali ada krisis, bagaimana pula apabila keadaan stabil dan tidak mempunyai masalah, tetapi itulah politik,” katanya.

Karier sebagai penceramah motivasi tidak pernah berakhir bagi Syamsul Amri Ismail, 41 atau lebih dikenali Syamsul Debat selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah, Syamsul Amri turut menolak tanggapan orang ramai penyertaan­nya dalam arena politik ‘membunuh’ kariernya sebagai penceramah motivasi.

“Biarpun pilihan raya sudah berakhir, ia tidak menjejaska­n karier saya. Perjalanan politik tidak pernah mengganggu kehidupan seharian saya.

“Alhamdulil­lah kehidupan saya seperti biasa dan jemputan menyampaik­an ceramah masih ada. Semua rezeki yang datang daripada Allah SWT,” katanya ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Tanjung, Rantau, semalam.

Syamsul Amri berkata, berpolitik tidak mengganggu ceramahnya kerana sebelum PRU14 jadual beliau padat dengan program motivasi dan keadaan sama juga berlaku selepas pilihan raya.

“Selain ceramah motivasi, saya juga mengendali­kan urusan membawa jemaah menunaikan umrah dan program pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata, biarpun tewas kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun, beliau menerima keputusan dengan hati terbuka kerana ia pilihan rakyat.

Katanya, buat masa ini beliau masih membantu rakan seperjuang­an dalam UMNO demi memartabat­kan nasib orang Melayu dan umat Islam.

 Kerajaan PH diingatkan tak balas dendam

 Syamsul Debat tolak tanggapan orang ramai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia