Harian Metro

Penjawat awam kutu rayau

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

 Antara 28 individu ditahan

Penjawat awam dan pasangan suami isteri antara 28 individu yang ditahan dalam operasi khas kutu rayau di tiga lokasi sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Penjawat awam berusia 43 tahun yang mempunyai tiga anak itu ditahan bersama rakannya sebelum pemeriksaa­n menemui dua paket syabu dalam operasi selama tiga jam bermula jam 2.30 petang.

Pasangan suami isteri berusia 39 tahun pula dicekup bersama dua rakan mereka termasuk seorang janda berusia 35 tahun di sebuah pondok berhampira­n sebuah pasar raya di bandar raya ini sebelum pemeriksaa­n mendapati mereka positif syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman berkata, operasi khas itu dijalankan susulan aduan diterima pihaknya mengenai kehadiran kaki pau di beberapa lokasi tumpuan di bandar raya ini.

“Daripada 28 individu yang ditahan, tujuh daripada mereka termasuk dua wanita positif syabu dan pil kuda.

“Dalam operasi sama, kami menahan seorang lelaki yang dikehendak­i polis sebelum ini berhubung kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Daripada semua yang ditahan, kami percaya ada antara mereka kaki pau yang memeras ugut sebelum ini dan siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan mereka,” katanya ketika ditemui selepas Operasi Khas Kutu Rayau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini.

Suffian berkata, pihaknya meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa peras ugut supaya tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Katanya, walaupun hanya menanggung kerugian yang sedikit, pihaknya berharap mangsa tampil membuat laporan polis.

“Bukan nilai kerugian menjadi ukuran tetapi kami melihat kepada statistik kes itu yang menimbulka­n ketakutan dalam masyarakat sekali gus memberi imej negatif kerana berlaku di tempat awam.

“Kami percaya kes pau ini bukan jenayah terancang sebaliknya dilakukan individu yang kebanyakan penagih untuk membeli bekalan dadah,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN individu yang ditahan dalam Operasi Khas Kutu Rayau di sekitar bandar raya Kuala Terengganu, semalam. SUFFIAN (kanan) menyoal siasat penjawat awam (tengah) yang ditahan bersama syabu.
SEBAHAGIAN individu yang ditahan dalam Operasi Khas Kutu Rayau di sekitar bandar raya Kuala Terengganu, semalam. SUFFIAN (kanan) menyoal siasat penjawat awam (tengah) yang ditahan bersama syabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia