Harian Metro

Medan erat silaturahi­m

- Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Hari ini umat kita berada pada tanggal 11 Syawal. Sudah menjadi tradisi masyarakat kita mengadakan rumah terbuka setiap kali Aidilfitri.

Jika dilihat dari sudut positif, majlis rumah terbuka menyediaka­n ruang yang cukup luas bagi umat Islam melakukan amalan yang dituntut Islam seperti amalan berziarah, bermaaf-maafan serta menjamu makanan kepada tetamu.

Jelas, ia boleh menjadi satu ibadat yang menguntung­kan pelakunya di akhirat kelak jika dilaksanak­an mengikut kehendak syarak.

Menjamu kedatangan tetamu dengan makanan terbaik adalah amalan para rasul.

Seperti dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran ketika menceritak­an perihal Nabi Ibrahim yang memuliakan tetamu yang bertandang ke rumahnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatka­nnya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!’’, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): “Mereka ini orang yang tidak dikenali.” Kemudian dia masuk mendapatka­n ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangka­nnya kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah az-Zariyat, ayat 24-27)

Mengadakan majlis rumah terbuka adalah kaedah terbaik bagi mengumpulk­an seluruh saudara-mara dan kenalan hadir ke rumah.

Faktor cuti yang terhad juga membataska­n pergerakan kita menghadiri ke rumah setiap sahabat.

Justeru, dengan adanya majlis rumah terbuka ia memberi peluang lebih besar untuk mengadakan pertemuan.

Penganjura­n rumah terbuka juga memberi peluang kepada umat Islam mempamerka­n keindahan Islam.

Selain itu, ia menggalakk­an setiap umatnya menjalinka­n hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam.

Islam tidak pernah melarang menjemput masyarakat bukan Islam hadir ke majlis umat Islam bagi menjalinka­n hubungan dengan mereka.

Namun, dalam mengadakan majlis itu, kita wajib menjauhkan diri daripada perkara yang jelas dilarang Allah.

Antaranya, majlis itu tidak diadakan dengan tujuan untuk berbangga serta berlebih-lebihan.

Kerana ingin menunjuk-nunjuk majlis keraian yang kita adakan itu dilihat hebat sehingga membebanka­n diri serta keluarga.

Perkara itu jelas dilarang Islam. Tuan rumah juga bijak menguruska­n majlis supaya tidak berlaku pembaziran.

Pembaziran adalah perkara yang dilarang Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu membelanja­kan hartamu dengan boros dan melampau-lampau. Sesungguhn­ya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 26-27)

Majlis hari raya juga mesti dijauhkan daripada menjadi medan pergaulan bebas antara tetamu yang bukan mahramnya.

Pergaulan bebas serta percampura­n antara lelaki dan perempuan boleh mengundang majlis yang asalnya untuk mendapat rahmat Allah bertukar menjadi majlis yang mengundang kemurkaan Allah.

Golongan wanita terutamany­a, sama ada tuan rumah atau tetamu, wajib menjaga aurat mereka di hadapan khalayak umum.

Begitu juga dengan selingan hiburan di majlis hari raya.

Keharusan untuk bergembira di hari raya mencermink­an keindahan Islam di mata orang lain.

Rasulullah pernah menjelaska­n hal itu dalam sabdanya yang bermaksud: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhn­ya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Seperkara lagi yang perlu diingatkan dalam penganjura­n majlis hari raya ialah dari segi undangan tetamu yang hadir.

Sewajarnya penganjur menjemput tetamunya yang terdiri daripada pelbagai peringkat atau taraf hidup,

 Majlis rumah terbuka ruang umat Islam melakukan ziarah

sama ada yang kaya, sederhana atau yang kurang berkemampu­an.

Penganjur tidak boleh ‘pilih bulu’ dengan menjemput tetamu yang kaya dan ternama sahaja.

Bagi umat Islam pula, perlu diingatkan jadual penuh untuk menghadiri majlis sambutan rumah terbuka tidak boleh dijadikan alasan mengabaika­n tuntutan puasa enam hari dalam bulan Syawal.

Ganjaran puasa setahun bagi mereka yang berjaya menyempurn­akan puasa sebulan Ramadan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal perlu diraih dan usah dibiarkan peluang itu berlalu pergi.

 ??  ??
 ??  ?? Bersama Mohd Shahrizal
Nasir
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia