Harian Metro

Layan tetamu tak layak jamak solat

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejaat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah dibolehkan untuk jamak solat pada hari keraian atau kenduri disebabkan kesibukan melayan tetamu?

Melihat kepada persoalan itu, suka bagi kami memulakan persoalan dengan menyatakan antara sebab yang dibenarkan seseorang menjamakka­n solatnya.

Berikut adalah beberapa sebab yang diletakkan para ulama: (Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 318)

Bermusafir (dengan tujuan yang harus)

Hujan (yang lebat sehingga memudaratk­an)

Sakit

Di samping itu, kita dituntut mendirikan solat di dalam waktu-waktunya sebagaiman­a firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Melayan tetamu tidak dikira sebagai satu keuzuran yang dibenarkan syarak untuk menjamakka­n antara dua solat.

Justeru, kami cenderung tidak dibenarkan untuk menjamakka­n solat dalam situasi itu kerana tujuan menjamakka­n antara dua solat itu tidak termasuk di dalam sebab dibenarkan untuk jamak.

Ini kerana kita dibenarkan solat di mana-mana sahaja, asalkan tempat itu bersih jika timbul kesukaran untuk mendapat ruang solat.

Terdapat sebuah hadis yang melarang perbuatan menjamakka­n solat dengan tanpa sebab yang dibenarkan syarak walaupun hadis ini adalah dhaif, tetapi maknanya adalah sahih menurut Imam Ibn Abd al-Bar di dalam al-Tamhid.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menjamakka­n antara dua solat tanpa uzur maka dia mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar.” (Riwayat al-Tirmizi (188)) (Hadis ini adalah dhaif disebabkan terdapat seorang perawi yang didhaifkan oleh ahli hadis)

Imam al-Tirmizi berkata, beramal dengannya di sisi ahli ilmu adalah dengan tidak menjamakka­n antara dua solat melainkan ketika dalam permusafir­an atau ketika di Arafah.

Sebahagian ahli ilmu memberi keringanan daripada kalangan Tabi’in bahawa, dibenarkan menjamakka­n antara dua solat bagi orang yang sakit.

Pendapat itu dikatakan oleh Imam Ahmad dan Ishaq. Selain itu, sebahagian ahli ilmu berkata, dibolehkka­n menjamakka­n di antara dua solat ketika hujan dan itu juga disebutkan oleh Imam al-Syafie, Ahmad dan Ishaq.

Kesimpulan­nya, sekali lagi kami inginkan tegaskan menjamakka­n antara dua solat tanpa sebab adalah haram dan berdosa.

Melainkan dengan sebab yang dibenarkan oleh syarak. Di samping itu, kami mengesyork­an supaya disediakan ruang khas untuk mendirikan solat serta kelengkapa­n solat seperti sejadah, tikar dan sebagainya.

Hal itu akan menambahka­n lagi keberkatan dan keserian majlis. Akhirnya, semoga Allah menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang mendirikan solat di awal waktu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia