Harian Metro

Terlantar di Makkah

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Anak tekad kumpul RM18,000 bapa sakit jantung di Tanah Suci

FAKTA

Dana dikumpul hampir RM18,000 hasil sumbangan

orang ramai

Dua beradik berusaha mengumpul dana sebanyak RM18,000 selepas ayah mereka terlantar di sebuah hospital di Makkah, Arab Saudi ketika menunaikan umrah berikutan diserang penyakit jantung.

Mohd Saiful Mohd Omar, 36, bersama kakaknya, Noorshafin­az, 38, nekad melakukan segala usaha termasuk meminjam dan meminta daripada rakan dan saudara dalam masa terdekat ini memandangk­an doktor memberitah­u keadaan ayahnya kritikal.

Ayahnya, Mohd Omar Abu Bakar, 68, yang kini bertarung nyawa di Hospital King Abdullah sejak seminggu lalu sebaik selesai menziarahi Madinah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menggunaka­n bantuan mesin pernafasan.

Mohd Saiful berkata, berita duka itu dimaklumka­n oleh ibunya, Roseminah Md Zainol, 67, pada 15 Jun lalu selepas bapanya dimasukkan ke Hospital King Faisal apabila mengadu sakit dada dan kebas tangan kiri.

“Ayah ditahan selama dua hari di Hospital King Faisal sebelum dipindahka­n ke unit rawatan rapi Hospital King Abdullah kerana tidak sedarkan diri.

“Doktor memaklumka­n ayah terkena jangkitan kuman seterusnya menyebabka­n jantungnya lemah dan perlu bergantung kepada mesin pernafasan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dia berkata, ayahnya bernasib baik ditemani lapan ahli keluarga lain dan ketika ini ibunya terpaksa berulang-alik ke hospital dari tempat penginapan untuk menjaga orang tuanya itu. “Pada masa sama, doktor ada memberitah­u supaya saya dan kakak datang ke hospital berkenaan dalam masa terdekat ini kerana keadaan ayah kritikal. “Namun, kekangan kewangan menyebabka­n niat itu ditunda sebelum kami mengambil keputusan meminta bantuan rakan serta saudara-mara bagi mencukupka­n dana terbabit,” katanya.

Katanya, dia juga bimbang berhadapan dengan masalah visa, sekali gus menyukarka­nnya untuk ke Makkah.

“Saya dan kakak perlu mengeluark­an dana sendiri kira-kira RM3,000 setiap seorang bagi memohon visa pelancong atau perniagaan memandangk­an visa umrah akan tamat dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Mohd Saiful berkata, walaupun dana dikumpul hampir RM18,000 hasil sumbangan orang ramai, rakan dan saudara namun jumlah sebenar yang diperlukan masih belum diketahui berikutan doktor memaklumka­n ayahnya mungkin akan ditempatka­n di hospital terbabit lebih lama lagi.

Orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Maybank, 1140847244­37 atau akaun Bank Islam, 1211302500­6330 atas nama Mohd Saiful.

 ??  ?? MOHD Omar terlantar tidak sedarkan diri di Hospital King Abdullah, Arab Saudi selepas diserang sakit jantung sejak seminggu lalu.
MOHD Omar terlantar tidak sedarkan diri di Hospital King Abdullah, Arab Saudi selepas diserang sakit jantung sejak seminggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia