Harian Metro

Enam lelaki bermalam di hutan ‘ditahan penunggu’ Maut dihempap jentera sendiri

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com

Enam lelaki terpaksa bermalam dalam hutan selepas dipercayai ‘ditahan penunggu’ apabila mereka gagal mencari jalan keluar dari hutan berkenaan, kelmarin.

Mereka memasuki hutan berkenaan yang terletak berdekatan penempatan penduduk tengah hari kelmarin untuk menguruska­n proses jual beli tanah.

Sumber berkata, ketika hendak keluar dari kawasan hutan petang kelmarin, kumpulan terbabit yang terdiri daripada tiga pemilik tanah, dua kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) serta seorang pembeli tanah terbabit, tiba-tiba hilang arah.

“Yang menghairan­kan, lokasi tanah terbabit bukannya jauh sangat, hanya kira-kira 200 meter saja dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Jaya.

“Dengan kedudukan yang amat dekat dari penempatan penduduk itu, mustahil mereka tidak mendengar bunyi kenderaan atau suara penduduk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Seorang pekerja ladang maut selepas dihempap jentera penggelek dipandunya yang terbabas di ladang sawit di Jalan Miri-Bintulu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa Ahmad Jeffri, 19, yang berasal Indonesia ditemui pekerja lain dalam keadaan ditindih jentera berkenaan selepas melihat ia terbabas di bahu jalan.

Ketua

Jabatan

Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian mangsa memandu jentera berkenaan namun dikatakan hilang kawalan.

Katanya, kejadian itu mengakibat­kan jentera berkenaan terbalik di kawasan curam dan berpusing mengakibat­kan mangsa dihempap.

“Mangsa disahkan maut serta-merta akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarka­n tidak lama kemudian oleh pekerja ladang lain sebelum menghubung­i polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan ladang berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 Pekerja ladang terbabas di bahu jalan

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA ladang berusaha mengeluark­an mangsa dihempap jentera pengolek dipandunya dalam kejadian di kawasan sebuah ladang sawit di Jalan Miri-Bintulu.
PEKERJA ladang berusaha mengeluark­an mangsa dihempap jentera pengolek dipandunya dalam kejadian di kawasan sebuah ladang sawit di Jalan Miri-Bintulu.
 ??  ?? ENAM lelaki terpaksa bermalam di dalam hutan selepas gagal mencari jalan keluar dari hutan.
ENAM lelaki terpaksa bermalam di dalam hutan selepas gagal mencari jalan keluar dari hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia