Harian Metro

Cadang tubuh jawatankua­sa

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti cadangan menubuhkan satu jawatankua­sa baru bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh di negara ini pada 2006.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, jawatankua­sa itu akan memantau pasukan polis yang diberi tanggungja­wab menyiasat kes itu sebelum ini.

Katanya, pada masa sama saksi terbabit kes itu akan dipanggil semula jika mempunyai keperluan.

“Kita tengok dulu arah tuju kes ini, sebab ia sudah dirujuk ke mahkamah sebelum ini.

“Kita buat keputusan berdasarka­n bukti baru, kita akan dapatkan kertas siasatan yang saya tak pasti ketika ini berada di PDRM atau Peguam Negara,” katanya pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-40 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ditanya mengenai lokasi semasa saksi kes itu iaitu anggota polis, Deputi Superinten­dan Musa Safri, Noor Rashid berkata, beliau difahamkan Musa masih berada dalam negara.

“Kita akan mengambil tindakan sewajarnya (panggil Musa untuk disoal siasat) mengikut keperluan.

“Sudah tentu kita perlu bincang dengan Peguam Negara sebelum sebarang tindakan dibuat,” katanya.

Pada 20 Jun lalu, bapa model Mongolia itu, Dr Setev Shaariibuu membuat laporan polis bagi membolehka­n kes pembunuhan anaknya dibuka semula.

Peguam Dr Setev, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya berharap laporan itu akan membuka kembali kes berkenaan untuk disiasat secara menyeluruh termasuk mendakwa individu bertanggun­gjawab terhadap pembunuhan Altantuya.

FAKTA Jawatankua­sa itu akan memantau pasukan polis yang diberi tanggungja­wab menyiasat kes bunuh

model Mongolia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia