Harian Metro

Sasqia si tinggi lampai

- DARI MUKA R27

Dengan keadaan dirinya dia

sesuai bawa watak hitam

Menurutnya, pelakon lain mungkin akan bosan jika kerap diberikan watak jahat. Namun, dia melihatnya sebagai satu kelebihan dan rezeki yang sepatutnya disyukuri sebagai pelakon.

“Sepanjang saya bergelar pelakon, hampir semua watak diberikan adalah watak jahat. Namun, siapalah saya untuk memilih watak. Terus berada dalam industri hiburan ini pun dah cukup bagus.

“Saya tak rasa ralat dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Ramai lagi yang berusaha untuk menjadi pelakon dan mengimpika­n ruang sebagaiman­a ada pada saya sekarang.

“Peminat sendiri pun sudah kenal dan tahu saya sentiasa mendapat watak jahat. Saya melihat itu sebagai kelebihan disebabkan dalam hidup ini kita kena fokus kepada benda yang sudah ada depan mata,” katanya.

Sasqia boleh dikatakan antara pelakon tempatan istimewa disebabkan memiliki ketinggian 178 sentimeter. Di luar negara ketinggian sebegitu mungkin biasa, namun di Malaysia ia agak tinggi untuk wanita tempatan.

Menurutnya, dia tidak pernah pun terdetik untuk menyalahka­n ketinggian­nya itu dan ia bukan masalah besar buatnya.

“Ya, ketinggian saya memang antara kekangan juga untuk mendapat watak, namun ia tidak membawa masalah. Bagi saya itu perkara biasa untuk pelakon di mana-mana sekalipun.

“Untuk orang Asia, memang tidak ramai yang tinggi. Di Malaysia, antaranya kita ada

Zahirah MacWilson dan Dynas Mokhtar. Mungkin halanganny­a dari segi mencari pasangan watak sesuai tapi normal jika ada cerita yang saya tak sesuai ditampilka­n.

“Yang penting semangat saya untuk berusaha mendapat rezeki lebih masih terus berkobarko­bar. Saya tidak akan pernah berasa cukup dan selesa dengan apa yang dicapai pada tahap ini.

“Lihat saja pelakon lain seperti Shaheizy Sam yang masih lagi bekerja keras walaupun sudah belasan tahun dalam industri. Saya juga mahu ada semangat itu,” katanya.

Berkongsi perkembang­an terbarunya, Sasqia cukup teruja untuk memulakan penggambar­an filem terbitan Suhan Movies. Lebih membuatkan­nya teruja apabila berpeluang berganding­an dengan

Nabila Huda.

Menjadikan Nabila sebagai penanda arasnya sebagai pelakon, impian berganding­an dengannya akhirnya tercapai.

“Masa awal berlakon dulu, saya memang selalu melihat dan menjadikan­nya sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon terbaik. Tidak sangka, saya bakal berganding­an dengannya pula dalam filem berkenaan.

“Semestinya saya sudah tidak sabar untuk menimba ilmu daripadany­a dan melihat sendiri caranya di set. Saya pasti akan belajar banyak perkara baru daripadany­a nanti,” katanya. - Georgie Joseph

 ??  ?? Ramai lagi yang berusaha untuk menjadi pelakon dan mengimpika­n ruang sebagaiman­a ada pada saya sekarang
Ramai lagi yang berusaha untuk menjadi pelakon dan mengimpika­n ruang sebagaiman­a ada pada saya sekarang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia