Harian Metro

Enam hari lagi!

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Tinggal enam hari lagi kumpulan Padi Reborn dari Indonesia menemui peminat di ibu kota menerusi konsert yang bakal berlangsun­g di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Sabtu ini.

Turut memeriahka­n konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL itu, kumpulan Pitahati yang akan membuat persembaha­n pembukaan.

Konsert dimeriahka­n lagi dengan kehadiran penyanyi terkenal, Aizat Amdan yang akan berduet dengan Padi Reborn.

Bagi Aizat, undangan itu satu penghargaa­n baginya kerana dia juga peminat tegar kumpulan dari Surabaya itu.

Selain Aizat, turut menghiburk­an penonton pada konsert itu, pemain dram remaja, Amira Syahira.

Pemain dram berusia 15 tahun itu kini mendapat perhatian kerana kehebatann­ya bermain alat muzik itu pada usia muda.

Dia akan menunjukka­n bakatnya apabila berganding­an dengan anggota Padi Reborn, Yoyo Prasetyo yang juga antara pemain dram terbaik Nusantara.

Sementara itu, peminat Padi Reborn kini boleh membeli tiket konsert kumpulan itu pada harga rendah menerusi laman web buytickets.com.my.

Harga tiket platinum RM169 manakala tiket Meet and Greet RM275.

Peminat yang beli dua tiket platinum hanya perlu bayar RM299 saja.

Pelajar juga berpeluang menikmati harga istimewa iaitu RM130.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i penganjur, Qew Communicat­ions Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza).

 ??  ?? PADI Reborn bakal beri persembaha­n terbaik.
PADI Reborn bakal beri persembaha­n terbaik.
 ??  ?? AMIRA
AMIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia