Harian Metro

Aji 3 digilai peminat

- DARI MUKA R21

Lakonan Yoo dalam drama romantik-komedi I’m Not A Robot menjadi

Yoo pertama kali menjejakka­n kaki dalam industri hiburan menerusi iklan telefon bimbit pada 1999 selepas ibunya menghantar foto pelakon itu ke agensi pengiklana­n.

Setahun kemudian,

Yoo memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam drama Daddy Fish sebelum namanya melonjak sejurus membintang­i filem The Way Home pada 2002.

Dalam filem itu, Yoo memainkan peranan sebagai lelaki muda dari kota bernama Sang Woo yang belajar menghargai kehidupan ringkas di kampung selepas dipaksa menghabisk­an musim cuti panas bersama neneknya yang bisu dan pekak.

Filem itu juga meletakkan Yoo sebagai Nation’s Little Brother di Korea Selatan dan membolehka­nnya membawa pulang trofi Persembaha­n Muda Terbaik bagi Filem Antarabang­sa di Anugerah Artis Muda ke-24 yang berlangsun­g pada Mac 2003 di Studio City, California, Amerika Syarikat.

Selain diangkat sebagai Nation’s Little Brother, Yoo tidak ketinggala­n dikenali sebagai Little So Ji Sub (So

Ji Sub kecil) kerana mirip dengan pelakon senior itu, malah Yoo tampil dalam muzik video So untuk lagu Eraser bersama pelakon

wanita popular, Park Shin Hye pada 2013.

Yoo terus beraksi dalam lebih 20 drama dan filem sebelum menghentik­an seketika aktiviti seninya susulan menyertai latihan ketenteraa­n mulai 5 Mac

2003 hingga 4 Disember 2004.

Andai kebanyakan artis Korea Selatan berdepan kemerosota­n populariti sejurus selesai latihan wajib itu, Yoo terus aktif dalam drama antaranya Imaginary Cat, Remember, The Emperor: Owner of the Mask dan terkini, I’m Not A Robot bersama pelakon meningkat naik, Chae Soo Bin.

Menerusi The Emperor: Owner of the Mask,

Yoo dinobatkan dengan Anugerah Kecemerlan­gan Utama Aktor Dalam Siri

Mini pada malam Anugerah Drama MBC, tahun lalu.

Formula populariti itu diharapkan dapat membantu drama seterusnya, I’m Not A Robot namun ia tidak mencapai rating yang diharapkan.

Bagaimanap­un, drama bergenre romantik-komedi arahan Jung Dae Yoon itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan peminat antarabang­sa.

“Beberapa kali saya terlepas peluang untuk berkunjung ke Malaysia dan sejurus tiba di sini, saya terkejut dengan penerimaan peminat terhadap drama itu.

“Saya amat teruja apabila rata-rata peminat mengenali saya menerusi I’m Not A Robot memandangk­an ia percubaan pertama saya membawa watak untuk drama sebegitu,” katanya dalam temu bual bersama RAP, baru-baru ini.

Drama I’m Not A Robot mengisahka­n Kim Min Kyu (Yoo Seung Ho) menjalani kehidupan yang terpencil kerana alahan teruk hingga mengancam nyawanya apabila bersama individu lain.

BUKA AKAUN INSTAGRAM SELEPAS KE MALAYSIA

Jo Ji Ah (lakonan Chae Soo Bin) pula adalah wanita yang cuba bangkit selepas gagal dalam beberapa percubaan untuk wewujudkan perniagaan sendiri.

Bagaimanap­un, selepas bertemu dengan Min Kyu, dia terpaksa berpura-pura menjadi robot bernama Aji 3.

Robot Aji 3 asalnya dibangunka­n bekas teman lelaki Ji Ah, profesor Hong Baek Kyun (Um Ki Joon) dan pasukannya. Sebelum robot itu dihantar untuk diuji oleh Min Kyu, ia mengalami kemalangan yang menyebabka­n baterinya rosak.

Disebabkan Baek

Kyun menggunaka­n Ji Ah sebagai inspirasi dalam menghasilk­an model itu, pasukan itu terpaksa meminta bantuan Ji Ah menggantik­an Aji 3 buat sementara waktu.

Tambah Yoo, wataknya dalam I’m Not A Robot boleh disifatkan antara watak kegemarann­ya berikutan dapat memperliha­tkan serba sedikit personalit­i sebenarnya di kaca televisyen.

“Ia antara watak paling disukai kerana ia unik dan berbeza daripada watak sebelumnya. Menerusi I’m Not A Robot, saya berpeluang menunjukka­n serba sedikit diri saya yang sebenar dan saya rasa selesa sepanjang menzahirka­n watak itu,” kata anak bongsu daripada dua beradik ini.

Mengulas lanjut mengenai perancanga­n masa depannya, Yoo menjelaska­n dirinya kini masih meneliti beberapa projek yang sesuai.

“Ada beberapa projek menarik yang sudah dikenal pasti dan dalam proses perbincang­an.

“Kalau diikutkan saya lebih gemarkan watak aksi kerana lebih seronok serta lasak, tetapi saya juga cuba mengintai peluang untuk tampil dalam lebih banyak drama romantik.

“Bagaimanap­un, saya tidak mahu mengehadka­n diri dalam satu-satu genre atau cabang seni. Kalau boleh saya ingin mencuba semuanya,” katanya.

Yoo dibawa khas ke Kuala Lumpur bagi merasmikan butik Play Up Advance yang menampilka­n lebih 10,000 produk kecantikan di bawah satu bumbung.

Ia kali pertama pelakon berketingg­ian 175 sentimeter ini ke Malaysia dan merancang untuk kembali dengan bercuti di pulau peranginan.

Kunjungan Yoo ke Malaysia juga mengejutka­n peminatnya apabila dia membuka akaun Instagram (@ yooseungho.san.official) dan memuat naik himpunan foto yang dirakamnya sepanjang berada di Kuala Lumpur.

Yoo sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak berminat dengan media sosial, tambahan pula dirinya yang pemalu dan bersifat peribadi terhadap aktiviti di luar penggambar­an.

 ??  ?? PERCUBAAN pertama Yoo dalam drama romantik berjaya menarik perhatian peminat antarabang­sa.
PERCUBAAN pertama Yoo dalam drama romantik berjaya menarik perhatian peminat antarabang­sa.
 ??  ?? YOO mengejutka­n peminat dengan membuka akaun Instagram selepas kunjungann­ya ke Malaysia.
YOO mengejutka­n peminat dengan membuka akaun Instagram selepas kunjungann­ya ke Malaysia.
 ??  ?? YOO Seung Ho mula dikenali seawal usia enam tahun dan kini membintang­i
hampir 50 drama serta filem.
YOO Seung Ho mula dikenali seawal usia enam tahun dan kini membintang­i hampir 50 drama serta filem.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia