Harian Metro

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

-

Beri perspektif baru kepada kanak-kanak bukan warga Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri

perlu dipertahan­kan komuniti.

Katanya, pendidikan alternatif memberi perspektif baru kepada kanak-kanak bukan warga Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri.

“Ini kerana mereka dapat meningkatk­an kemahiran asas seni kraf tangan selain penguasaan literasi dan numerasi.

“Pusat pembelajar­an alternatif menawarkan pendidikan asas di peringkat sekolah rendah kepada kanak-kanak bukan warga Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri.

“Walaupun kanakkanak ini selepas darjah enam mereka tidak dapat bersekolah, tapi dengan kemahiran yang ada mampu dijadikan sandaran untuk kelangsung­an hidup,” katanya.

Jelasnya, usaha untuk memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak bukan warga Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan untuk memberi kesaksamaa­n.

“Usaha itu menyuburka­n semangat cintai Malaysia dalam kalangan kanakkanak ini. Ini penting bagi memastikan kanakkanak tidak dieksploit­asi anasir luar yang boleh mengancam keselamata­n dan kemakmuran negara menerusi propaganda antikebang­saan, pemerdagan­gan manusia, buruh kanak-kanak dan isu sejagat.

“Kita perlu sedar, kanak-kanak ini akan membesar di Malaysia, adalah sangat penting untuk memastikan mereka ini diberi pendidikan asas literasi, numerasi dan kemahiran demi kelangsung­an hidup,” katanya.

Katanya, kesan jangka panjang jika anak-anak ini dipinggirk­an dan tidak menerima pendidikan, bukan saja menimbulka­n masalah sosial, jenayah, malah boleh menggugat keamanan negara.

 ??  ??
 ??  ?? KEMAHIRAN untuk meneruskan kelangsung­an hidup.
KEMAHIRAN untuk meneruskan kelangsung­an hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia