Harian Metro

Pupuk kerjasama IPTA, korporat

-

Landasan kepada pelajar UiTM pamer bakat dalam bidang diceburi

Pada masa sama penuntut berkenaan juga mendapat bimbingan daripada 10 pensyarah yang turut sama dan bertungkus-lumus menjayakan aktiviti seni ini.

Program itu sekali gus memberi peluang dalam memupuk semangat kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan badan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, SACC

Walk dinaik taraf bagi memberikan kemudahan kepada orang awam yang juga pengunjung di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam.

Katanya, penaiktara­fan itu juga memberi peluang pengunjung untuk beriadah di sepanjang jalan berkenaan dengan wujudnya kemudahan lain termasuk seperti taman permainan mini dan tempat duduk.

“PREC melihat pelbagai program lagi akan dapat dijalankan di sini seperti pasar lambak, jualan bonet kereta, trak makanan atau perniagaan kenderaan saji, jualan kraf tangan Selangor dan aneka pilihan lain.

“Ia bagi membuka ruang perniagaan kepada usahawan di negeri ini.

“Program ini dilihat sebagai landasan kepada pelajar UiTM untuk mempamerka­n bakat dan kebolehan mereka dalam bidang yang diceburi dan menjadi sebahagian daripada tarikan pengunjung,” katanya.

Pengunjung tentunya berpeluang berswafoto dengan karya seni berkenaan.

SACC Walk turut menyediaka­n ruang meletak basikal, laluan berbasikal, laluan utama antara SACC Mall, Shah Alam Convention Centre (SACC) dan Kompleks PKNS Shah Alam, laluan kenderaan selebar tiga meter dan hiasan flora.

- Fazurawati Che Lah

 ??  ?? SERAMAI 200 penuntut dari Fakulti Seni Halus dan Seni Reka UiTM Shah Alam bergambar
kenangan.
SERAMAI 200 penuntut dari Fakulti Seni Halus dan Seni Reka UiTM Shah Alam bergambar kenangan.
 ??  ?? ANTARA hasil seni
yang unik.
ANTARA hasil seni yang unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia