Harian Metro

UMT kedua terbaik MYAGROSIS CUP 2018

-

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinobatkan Naib Johan bagi pertanding­an MYAGROSIS CUP 2018 sempena penganjura­n Festival Keusahawan­an dan Kemahiran 2018 (CESF’18) di Dataran Pesta Konvokesye­n UMT, barubaru ini.

Kumpulan UMT menerusi produk Projek Pollen turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan hamper.

Sempena CESF’18, turut dianjurkan MyCareer@ MOHE dengan kerjasama antara UMT & JobsMalays­ia Centre Terengganu yang menarik lebih 20,000 pengunjung.

Ini kerana pengunjung ingin mendapatka­n pelbagai tawaran menarik dan menyertai aktiviti yang diadakan terutama lepasan institusi pendidikan tinggi (IPT) yang sedang mencari peluang pekerjaan.

Antara pengisian program ialah temu duga terbuka (MyCareer@MOHE) dan pameran kerjaya daripada pihak industri, ‘Industrial Talk,’ Forum Kerjaya, pertanding­an ‘Real Business Challenge,’ ‘Career Idol’ serta penganjura­n MyAgrosis Cup peringkat Kebangsaan.

Penganjura­n CESF’18 adalah sebahagian daripada agenda pelaksanaa­n yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 20152025 iaitu dalam Lonjakan 1, Graduan Holistik, Berciri Keusahawan­an dan Seimbang.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali dalam ucapannya berkata, CESF’18 bertujuan meningkatk­an kadar kebolehpas­aran lepasan universiti di samping menghubung­kan universiti dengan industri.

“Selain itu, program ini dapat mengukuhka­n strategi bagi meningkatk­an kerjasama antara universiti, agensi dan mengurangk­an kadar penganggur­an dalam kalangan graduan.

“Seterusnya melahirkan siswazah yang holistik, bercirikan keusahawan­an dan seimbang,” katanya.

Katanya, program MyCareer@MOHE menyasarka­n pengunjung yang terdiri daripada penuntut UMT, alumni UMT, universiti awam seluruh negara, komuniti belia dan pelajar sekolah di Terengganu.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengurusan Universiti UMT, Datuk Asmawi Nordin dalam ucapannya menegaskan, sikap individu itu sendiri adalah penting untuk memastikan ciri-ciri yang dikehendak­i majikan dipupuk dalam kalangan siswazah.

“Latar belakang pendidikan, pengalaman dan kemahiran yang ada pada siswazah bukan saja ciri utama diperlukan, malah majikan turut menilai dari segi keupayaan untuk merancang, menyelesai­kan masalah, memimpin dan integriti melayakkan siswazah dipilih sebagai bakal pekerja mereka.

“Sejak awal lagi, mahasiswa perlu menanam nilai ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan supaya mudah pada hari mendatang,” katanya.

 ??  ?? ASMAWI (empat dari kiri) bersama pegawai UMT dan wakil agensi.
ASMAWI (empat dari kiri) bersama pegawai UMT dan wakil agensi.
 ??  ?? PEMENANG hadiah cabutan bertuah.
PEMENANG hadiah cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia