Harian Metro

BERSIH PANTAI SENOK

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Terkenal dengan panggilan Pulau Nami Malaysia, Pantai Senok, Bachok, Kelantan mempunyai tarikan tersendiri.

Persis Pulau Nami di Korea Selatan, pantai itu menyajikan pemandanga­n indah termasuk pepohon ru yang memukau pandangan.

Tidak dinafikan, Pantai Senok yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Kota Bharu begitu popular selepas keindahan pantainya menjadi buah mulut dan tular di laman sosial.

Ini sekali gus menarik kunjungan pelancong tempatan dan asing khususnya pada hujung minggu.

Sejak popular, pantai itu sedikit berubah wajah kerana sikap pengunjung yang membuang sampah meratarata walaupun tong sampah sudah disediakan Majlis Daerah Bachok.

Atas kesedaran itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turun padang menjalanka­n aktiviti gotong-royong perda- na membersihk­an Pantai Senok bersama-sama pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), politeknik dan kolej vokasional, baru-baru ini.

Upacara perasmian disempurna­kan Timbalan Presiden MPN, Prof Dr Kamarudin Said dan Timbalan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Menurut Dr Ibrahim, program gotong-royong ini membabitka­n 350 sukarelawa­n dan 40 profesor MPN yang turun padang membersihk­an kawasan sekitar pantai itu.

“Sikap membuang sampah merata-rata antara tabiat yang seharusnya dihindari dan semua pihak seharusnya mengubah cara hidup serta mengekalka­n

350 sukarelawa­n, 40 profesor MPN turun padang bergotong-royong

kelestaria­n alam sekitar.

“Pembersiha­n itu meliputi kawasan sekitarnya termasuk pinggiran pantai dan tepi jalan masuk pantai itu,” katanya.

Beliau berharap program itu bukan yang pertama dan terakhir dijalankan di bawah projek kebersihan dan kelestaria­n.

“Bagi program susulan, sukarelawa­n yang digerakkan UMK akan menjalanka­n kempen kesedaran kepada pengunjung pantai melalui pemasangan poster, penyediaan tong sampah dan pengurusan sampah berjadual.

“Selain itu, sesi ceramah juga akan diadakan untuk mendidik dan memberi kesedaran berkenaan pentingnya amalan menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian serta persekitar­an,” katanya

 ??  ?? PESERTA yang mengikuti program gotong-royong bergambar kenangan.
PESERTA yang mengikuti program gotong-royong bergambar kenangan.
 ??  ?? PERASMIAN sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
PERASMIAN sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
 ??  ?? PESERTA gigih mengutip sampah.
PESERTA gigih mengutip sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia