Harian Metro

SANTUNI WARGA EMAS

-

Simpati dengan golongan yang memerlukan,

Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah berkunjung ke dua perkampung­an untuk menyalurka­n bantuan Ihya Ramadan, baru-baru ini.

Rombongan itu turut disertai pelajar praunivers­iti (Pra-U) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior Jitra.

Sumbangan Ihya Ramadan itu diberikan kepada beberapa warga emas di Kampung Jeram dan Pulau Pisang.

Ketua Pengawas SMK Pulau Nyior, Muhammad Saniy Samsudin, 19, berkata, sumbangan yang disampaika­n begitu bermakna kepada penerima terutama pada Ramadan.

“Walaupun sumbangan yang disampaika­n tidak besar, tapi cukup untuk menyatakan bahawa perkongsia­n barangan keperluan dapur ini sangat bermakna dalam meringanka­n beban mereka.

“Kami yakin barangan keperluan dapur yang disampaika­n ini dapat digunakan untuk bersahur dan berbuka,” katanya.

Wakil MPP IKBN Naka, Tengku Amirul Shah Tengku Alam, 19, turut melahirkan rasa syukur dan terharu dapat membantu mereka yang memerlukan terutama warga emas.

“Mereka begitu gembira hingga ada yang menangis ketika menerima sumbangan.

“Bagi mereka ia suatu yang bermakna kerana dapat meringanka­n beban terutama dari segi perbelanja­an barangan dapur,” katanya.

Sementara itu, Presiden Alumni ILKBS Malaysia, Samsudin Oli Mohamed berkata, sumbangan

Ihya Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan penyertaan pelajar Pra-U dan IKBN Naka yang bersedia untuk bersamasam­a meraikan warga emas pada Ramadan lalu.

“Saya melihat kehadiran mereka memberi isyarat supaya belia tidak dipinggirk­an dalam aktiviti kemasyarak­atan,” katanya.

Barangan keperluan berbentuk minyak masak, tepung, beras, gula, sardin dan biskut adalah hasil sumbangan orang ramai.

 ??  ?? WAKIL pelajar menyampaik­an sumbangan keperluan makanan kepada warga emas.
WAKIL pelajar menyampaik­an sumbangan keperluan makanan kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia