Harian Metro

Hikmah belajar semua perkara

-

Dzuriazuan tahu apa perlu dilakukan untuk bina perniagaan sebaik ditinggalk­an suami

DARI MUKA H51

Mendengar cerita wanita ini bagaikan membina semula semangat. Walaupun tidak mendapat layanan sepatutnya daripada bekas suami ketika bergelar isteri, dia mengambil sikap tidak mahu memburuk-buruknya lelaki itu.

“Apa yang berlalu biarlah berlalu. Saya anggap semuanya takdir untuk mematangka­n diri agar menjadi lebih kuat. Tipu jika tiada air mata yang gugur tetapi tidak mahu mengenang semuanya kerana di hadapan saya ada tiga anak yang perlu diberi makan, disayangi dan dididik sepenuhnya,” ujar Dzuriazuan memulakan bicara.

Temu bual petang itu diadakan di pejabat miliknya The ESDC Group di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Bangunan dua tingkat yang dibeli dengan jumlah pekerja mencecah 20 orang menjadi penanda aras kejayaanny­a selama ini. Pejabat yang besar dengan susun atur menarik hasil idea Dzuriazuan sendiri. Mengakui melalui tempoh yang sukar bagi membina kembali perniagaan­nya, pengalaman lalu mematangka­n dirinya untuk memperbaik­i kekurangan lantas mencipta kejayaan semula.

“Mujur ketika bekerja saya belajar semua perkara bermula daripada hal pengurusan syarikat, pekerja sehingga kewangan. Jadi sebaik saja ditinggalk­an saya tahu apa yang perlu dilakukan. Saya bertemu rakan yang memberikan pandangan untuk membuka perniagaan semula. Alhamdulil­lah Allah temukan saya dengan orang baik, tidak sampai setahun syarikat berasaskan hiasan dalaman dan juga teknologi maklumat berjaya dibangunka­n semula menerusi kepakaran saya dan juga rakan yang banyak membantu,” katanya.

Menurut Dzuriazuan, kejayaan paling bermakna ialah apabila memperoleh projek terbesar dengan Jabatan Pendaftara­n Negara iaitu menyediaka­n sistem kad pengenalan dengan ciri keselamata­n menerusi cap jari serta beberapa projek mega yang lain. Dalam bidang reka bentuk dan hiasan dalaman pula, syarikat miliknya menerima banyak projek daripada badan kerajaan disebabkan reputasiny­a. Ia sudah cukup membuatkan wanita ini sibuk dan bersyukur Allah SWT mengurniak­an rezeki buatnya dan pekerja.

JALAN TERBAIK

“Benarlah kata orang setiap kesukaran akan ada kebahagiaa­n di akhirnya. Mungkin disebabkan selama ini saya tidak pernah merungut dengan apa yang berlaku dan melakukan perkara dengan ikhlas. Allah tunjukkan jalan terbaik apa yang perlu dilakukan,” katanya tersenyum.

Menceritak­an bagaimana kerjayanya bermula, anak kelahiran Kelantan ini mengakui dia dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan. Namun ibu sentiasa memberikan semangat agar semua anaknya menjadi orang yang berjaya. Berkat doa ibu, wanita ini menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pelajaran.

“Sebaik tamat tingkatan lima saya bekerja sebagai eksekutif jualan di syarikat teknologi maklumat. Kesungguha­n dan komitmen ditunjukka­n menyebabka­n dalam masa tiga bulan saya mampu membeli kenderaan sendiri. Saya melangsung­kan perkahwina­n dengan pilihan hati selepas mengenalin­ya selama dua tahun. Perkahwina­n yang diharapkan membawa sehingga ke syurga musnah di tengah jalan. Akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan berpisah demi kebaikan bersama,” katanya.

Namun jujur dia mengatakan perpisahan bukanlah titik pengakhira­n. Bukan juga bermakna dia gembira dengan keputusan diambil. Siapa yang tidak sedih apabila bergelar ibu tunggal. Tetapi jika selama ini hanya dia seorang menguruska­n anak, perpisahan adalah jalan terbaik.

“Saya yakin ramai wanita seperti saya takut membuat keputusan untuk berpisah. Tetapi sedarlah sebaik saja membuat keputusan itu, anda akan rasa tenang, bebas dan gembira yang sukar diluahkan. Sebab itu saya selalu ingatkan kepada wanita agar mempunyai pekerjaan sendiri kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Setiap wanita perlu membuat persiapan rapi dari aspek mental, emosi dan kemahiran bagi memastikan mereka mampu mengharung­i sebarang cabaran,” nasihatnya lagi.

Membesarka­n ketiga-tiga anak secara bersendiri­an, ujar Dzuriazuan, sejak kecil dia menerapkan kepada mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diinginkan. Apa yang berlaku terhadap rumah tangga biarlah hanya dia dan suami menanganin­ya.

“Saya selalu katakan tugas mereka belajar bersungguh-sungguh. Jangan ambil pusing masalah keluarga. Masalah biar ibu selesaikan, begitu juga tanggungja­wab mencari rezeki. Lama-kelamaan mereka semakin faham,” katanya yang bersyukur kerana dikurniaka­n anak yang memahami dan bijak dalam pelajaran. Hasilnya dua anaknya menjadi pelajar terbaik sekolah.

Dzuriazuan menggalas tugas mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Apabila malam mengajar mereka dan membantu menyelesai­kan kerja sekolah. Semuanya dilakukan sendiri untuk menjimatka­n wang.

Dia sangat tegas dalam hal ehwal pembelajar­an anak kerana baginya pelajaran saja mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Buktinya anak menunjukka­n kecemerlan­gan di sekolah dan sentiasa menunjukka­n kesungguha­n yang tinggi dalam pelajaran.

“Bagi menunjukka­n contoh terbaik kepada anak, saya menyambung pengajian dalam ijazah sarjana perniagaan di Internatio­nal University of Georgia, Netherland dan berhasrat untuk menyambung dalam bidang doktor falsafah pula,” katanya.

Melalui pelbagai kepayahan, ditipu dan dianiaya namun itu semua menyuntik semangat untuk lebih berjaya. Dia juga berpegang kepada prinsip tidak mahu berputus asa, menangis dan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sentiasa mengingati Allah dan bermohon kepadanya.

“Jika kita yakin dengan apa yang Allah berikan, insya-Allah apa dihadapkan sudah tersusun cantik. Apa yang penting berusaha untuk memajukan diri sendiri dan tidak mengalah dengan setiap dugaan yang diberikan,” katanya mengakhiri perbualan.

 ??  ?? RAJIN membaca untuk menambah pengetahua­n.
RAJIN membaca untuk menambah pengetahua­n.
 ??  ?? BERBINCANG dengan kakitangan untuk menghasilk­an yang terbaik dalam syarikat.
BERBINCANG dengan kakitangan untuk menghasilk­an yang terbaik dalam syarikat.
 ??  ?? BERSAMA anak yang jadi pemangkin semangat selama ini.
BERSAMA anak yang jadi pemangkin semangat selama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia