Harian Metro

BINA JARINGAN USAHAWAN ONLINE

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Hampir 10 tahun lalu Yienyee Soh adalah pembeli tegar yang mendapatka­n barangan menerusi dalam talian. Namun ketika itu platform Facebook dan Instagram belum ada, jadi kebanyakan penjual terdiri daripada pelajar yang mendapatka­n barangan mereka daripada pemborong dan menjual menerusi blogspot.

“Ketika itu penjualan menerusi dalam talian belum dikenali. Jika ada hanya membabitka­n pengusaha terdiri daripada pelajar yang memulakan perniagaan dalam talian. Ini membuatkan mereka sangat popular dan laman sosial mereka mudah diterima ramai,” katanya.

Kegemaran dan minat terhadap barangan dalam talian membuatkan

Yienyee terfikir alangkah baiknya sekiranya dia boleh melakukan sesuatu supaya tidak hanya menjadi pembeli, sebaliknya menyumbang­kan sesuatu untuk usahawan ini.

“Saya meneliti semua blogspot yang ada dan ia terlalu berserabut. Jadi saya cuba menyiapkan satu portal sendiri yang lebih berkesan, mesra dan mudah digunakan. Peniaga dan pembeli pula sangat rapat sehingga saya boleh membuka bazar membabitka­n mereka. Pengguna semakin ramai berkongsi mengenai fesyen, malangnya blogspot tidak bertahan lama. Selepas dua tahun biasanya akan ditutup,”katanya.

Merasakan ia sangat merugikan kerana pembelian menerusi dalam talian memudahkan pengguna, Yienyee bertemu rakan, Luqman Adris enam tahun lalu untuk menghasilk­an portal yang lebih besar, Avana.

Jelasnya, Avana menyediaka­n platform e-dagang menerusi jaringan media sosial seperti Facebook dan Instagram, selain modul latihan kepada usahawan terbabit memulakan perniagaan di media sosial termasuk pengurusan pemasaran dan perniagaan secara dalam talian.

“Kami mempunyai pengalaman luas dan mahir dalam membina platform e-dagang dan pengendali­an kursus dalam industri pemasaran digital, media sosial dan perniagaan atas talian.

“Platform ini membantu peniaga menjalanka­n perniagaan dalam talian mereka dengan cara sistematik, kedai dalam talian profesiona­l dan dilengkapi sistem pengurusan inventori, pengurusan pesanan berserta integrasi gerbang pembayaran percuma kurang dari 15 minit.

“Ini membolehka­n peniaga menggunaka­n pelbagai saluran jualan dan menggabung­kan usaha pemasaran mereka menguruska­n pesanan dan inventori dalam satu sistem berpusat dan pada masa sama, memantau perkembang­an perniagaan masing-masing,” katanya.

Walaupun berpengala­man dalam teknologi terutama media sosial, wanita ini menjelaska­n, cabaran dihadapi tetap ada.

“Sejak penubuhan

Avana saya mempunyai dua harapan penting yang perlu ditunaikan iaitu membantu usahawan menjalanka­n perniagaan serta mempertaha­nkan perniagaan mereka sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

“Sekiranya bisnes sudah bertahan, saya mahu mengembang­kan perniagaan sehingga ke luar negara. Memang nampak sukar, tetapi dengan adanya struktur dan modal bisnes semuanya mampu dilakukan,” katanya yang kini mempunyai 25 kakitangan bagi membantu memberikan latihan kepada usahawan.

Sepanjang Ramadan lalu, Avana menyediaka­n platform webinar dengan menjemput mereka yang mahir dalam industri bagi memberikan seminar menerusi dalam talian.

“Ia membantu melonjakka­n hasil jualan terutama busana Muslimah. Kami beritahu mereka sekiranya gambar cantik dengan model menarik, sudah pasti produk mendapat sambutan. Gambar sangat penting kerana ia memberi kekuatan untuk diterima ramai,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas Ramadan sepatutnya usahawan mempunyai asas perniagaan bagi memantapka­n lagi usaha mereka. Bukan hanya cemerlang ketika bulan puasa saja, sebaliknya jualan perlu konsisten.

“Dalam perniagaan perlu ada keuntungan.

Jika tidak sukar untuk diteruskan. Keuntungan dikira selepas ditolak semua kos walaupun kosnya kecil. Ini sistem dalam perniagaan dan ia sangat penting bagi membolehka­n usahawan tahu stok yang kurang, baju yang mendapat permintaan ramai serta rekaan yang boleh dihadkan atau ditambah,” katanya.

Menghasilk­an komuniti untuk says.com dan beberapa laman web lain, Yienyee berharap dapat mencari lebih ramai rakan niaga yang ingin bersama-sama memajukan perniagaan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia