Harian Metro

Pendengar setia ERA

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Menjelang Syawal lalu, stesen radio ERA membuka ruang kepada pendengar untuk menyampaik­an ucapan Aidilfitri kepada keluarga dan rakan di segmen JoHaRa Pagi ERA.

Lebih mengejutka­n apabila ERA FM turut menerima permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membuat ucapan.

Penerbit JoHaRa Pagi ERA, Niq Nur Azarina Sahhrin berkata, pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman mengenai ucapan Adilfitri di media sosial.

“Kami mula meminta pendengar menghubung­i stesen untuk membuat ucapan Aidilfitri pada Rabu dan Khamis.

“Tak sangka dapat panggilan daripada rakyat Malaysia bekerja di luar negara yang terpaksa menyambut Aidilfitri di perantauan.

“Disebabkan masa terhad, kami hanya dapat memilih ucapan daripada 12 pendengar saja,” katanya.

Selain panggilan ke stesen radio itu, Azarina memberitah­u, pendengar luar turut menyampaik­an ucapan mereka menerusi WhatsApp ERA FM.

“Terdapat puluhan ucapan, kiriman video serta gambar daripada pendengar luar. Kami ada memilih beberapa ucapan video bersesuaia­n dan dikongsi di akaun rasmi Instagram ERA FM,” katanya.

Menurut Azarina, sebahagian besar pendengar berkenaan adalah rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemetik buah di Australia dan mereka memberitah­u mendengar ERA FM sambil bertugas.

“Kami terharu mereka sanggup menghubung­i stesen radio dan ingin mengucapka­n terima kasih kerana menjadi pendengar setia,” katanya.

“Bukan saja di Australia, kami juga ada pendengar setia di Jerman dan Mesir yang juga anak Malaysia,” katanya.

Selain musim perayaan, Azarina berkata, stesen radio itu turut menerima panggilan daripada pendengar Malaysia di luar negara untuk menyertai permainan dalam segmen Spontan ERA yang dikendalik­an penyampai Johan, Haniff dan Ray.

Perantau berpeluang sampaikan ucapan Aidilfitri

kepada insan tersayang

 ??  ?? RAKAMAN video rakyat Malaysia yang berada di Australia menyampaik­an ucapan Aidilfitri yang dimuat naik ERA FM di Instagram.
RAKAMAN video rakyat Malaysia yang berada di Australia menyampaik­an ucapan Aidilfitri yang dimuat naik ERA FM di Instagram.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia