Harian Metro

Kisah adat Pepatih

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Tiga pelakon This Is Pilah

ceritakan pengalaman

berlakon

Filem yang mengangkat tema adat, kemasyarak­atan dan disuntik pula dengan dialek setempat bukan baru di Malaysia.

Terbaru, This Is Pilah yang mula ditayangka­n sejak Khamis lalu menggunaka­n dialek Negeri Sembilan sebagai latar dialog dan isu adat pepatih sebagai tema cerita.

Bertemu dengan tiga pelakon muda yang membintang­i filem ini, Juzzthin, W.A.R.I.S dan Iesna di studio Balai Berita, baru-baru ini, pelbagai cerita menarik dikongsika­n mereka.

Bercerita mengenai watak bernama Jasni, Juzzthin berlakon sebagai anak Pak Dollah, lakonan Kazar.

“Saya jadi anak lelaki tunggal dan tinggal bersama Pak Dollah. Satu hari Pak Dollah bertanya kepada Jasni mengenai perkahwina­n dan akhirnya Jasin bertemu dengan Ara, lakonan Iesna.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dalam beberapa filem tetapi sekadar satu, dua babak dan berdialog sekejap saja. Kali ini saja saya dapat peluang lebih panjang di dalam filem,” kata Juzzthin yang pernah muncul sebagai cameo dalam filem J-Revolusi, sebelum ini.

Sahabat baiknya, W.A.R.I.S pula berlakon sebagai sepupu Jasni dan muncul pada satu babak saja dalam filem arahan Rosli Md Dali ini.

W.A.R.I.S berkata, walaupun sekadar satu babak, watak itu ibarat kunci kepada kekusutan yang berlaku di dalam isu yang dibangkitk­an.

“Dalam babak itu, saya akan keluarkan satu bidalan lama orang Negeri Sembilan yang akhirnya merungkai masalah yang berlaku antara hubungan Jasni dan Ara.

“Saya terima tawaran berlakon filem ini sebab beri sokongan kepada Juzzthin saja. Ikutkan saya mahu buat lagu runut bunyi dan tidak mahu berlakon kerana tak pandai dan tak minat pun,” katanya.

Katanya, kali terakhir berlakon sebelum filem ini adalah melalui drama Si Kolot Suami Ku, dia pernah demam.

Malah, ketika muncul dalam satu babak melalui filem Gamatisme dua tahun lalu pun disebabkan mahu beri sokongan kepada Juzzthin.

Katanya, minatnya hanya pada muzik dan andai ada tawaran berlakon sekali pun selepas ini, biarlah ia berkaitan dengan muzik seperti filem muzikal.

“Berlakon tak macam ‘rap’ sebab lirik kita tulis sendiri. Saya anggap penampilan dalam This Is Pilah adalah terakhir daripada saya.

“Bukan sebab duit tapi kalau nak buat pun, biarlah sebab minat itu datang daripada diri sendiri, bukan dipaksa-paksa,” katanya.

Bercerita pengalaman lalu, dia akui pernah menjalani 18 ‘take’ hanya untuk satu babak dalam sebuah telefilem.

Malah, dalam drama Si Kolot Suami Ku, dia pernah dimarahi pengarah kerana tidak boleh melakonkan babak menangis.

Disebabkan itu, W.A.R.I.S yang baru muncul dengan single terbaru berjudul

Basmallah, akhirnya sedar bidang lakonan bukan minatnya.

Katanya, lebih baik menyerahka­n dunia lakonan sepenuhnya

 ??  ?? BARISAN pelakon dan kru This Is Pilah.
BARISAN pelakon dan kru This Is Pilah.
 ??  ?? IESNA sekadar 50-50 minat berlakon.
IESNA sekadar 50-50 minat berlakon.
 ??  ?? JUZZTHIN harap penonton dapat ‘rasa’ apabila menonton filem ini.
JUZZTHIN harap penonton dapat ‘rasa’ apabila menonton filem ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia