Harian Metro

Bukan lagi Dike Ardilla

-

ketiga menampilka­n lagu duet saya bersama Deddy berjudul Berikan Setitik Air. Album keempat pula berjudul Sepihan Kasih.

“Album pertama saya meledak sehingga 200,000 unit terjual. Ketika itu ia masih dalam bentuk kaset. Deddy melihat arah album saya seakanakan Nike Ardilla dan mencadangk­an supaya saya menggunaka­n nama Dike Ardilla,” katanya.

Menurut Diana, dia mulanya membantah kerana sukar untuk menggantik­an tempat

Nike yang sememangny­a amat popular dalam kalangan peminat sebelum meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

“Saya kemudian bersetuju dan reaksi peminat pula berbezabez­a. Ada yang boleh terima dan ada yang tidak.

“Untunglah ketika itu tiada laman sosial, jadi saya tak teruk kena kecam peminat. Saya hanya ikut kehendak pengurusan untuk menjadi Dike Ardilla,” katanya.

Tidak betah menggunaka­n nama orang lain, Diana akhirnya membuat keputusan menggunaka­n namanya sendiri untuk meneruskan kerjaya dalam nyanyian.

“Kontrak bersama syarikat rakaman sudah lama tamat pada 2008 dan saya kembali menggunaka­n nama

Diana kerana ingin menikmati karier dengan cara sendiri.

“Malah pemilihan lagu juga dibuat ikut cita rasa sendiri berbanding dahulu. Saya ambil masa berehat seketika untuk mencari lagu-lagu yang sesuai,” katanya yang membuat keputusan bertudung pada 2015.

Diana yang popular di Jawa Barat, kini bergerak menerusi syarikatny­a, Diana Chora Indonesia dan menghasilk­an dua single berjudul

Kaulah Matahariku dan Merindumu yang berkonsep pop rock.

Populariti Diana turut dikembangk­an ke Malaysia apabila FZpro Indonesia menjalinka­n kerjasama dengan Nano Records Malaysia untuk membawa single ini ke Malaysia.

“Di Indonesia, ramai peminat tercari-cari ke mana saya menghilang selepas mendiamkan diri pada 2008. Mereka akhirnya terkejut apabila saya tampil dengan imej dan nama baru, namun boleh terima lagu saya.

“Syarikat rakaman dahulu enggan buka jalan ke Malaysia. Sekarang langkah saya lebih luas. Saya yakin peminat di sini juga boleh menerima saya dengan baik seperti mereka terima artis Indonesia lain,” katanya.

Dalam pada itu, Diana juga seorang ‘trendsette­r’ fesyen yang aktif mengeluark­an produk sendiri seperti tudung, pakaian, kosmetik dan aksesori.

“Saya jual secara dalam talian atau e-commerce di alamat dianachora.com. Bukan saja barangan dari Indonesia, bahkan saya juga jual barangan yang diambil dari Malaysia,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia