Harian Metro

Usah suka berpura-pura...

-

Untung jadi selebriti terkenal yang punya jutaan pengikut di laman sosial. Berlumba-lumba pengusaha tempatan mahupun jenama antarabang­sa memberikan tajaan dalam apa jua bentuk.

Pakaian hingga solekan, umpama petik jari saja pasti ramai yang beratur dan berharap agar selebriti berkenaan memilih khidmat mereka.

Yelah, kenalah ada ‘winwin situation’. Aku taja, kau tolong muat naik di laman sosial sambil memuji serta ‘tag’ nama sekali.

Kalau dah puji baju cantik, solekan lawa, rasanya bolehlah tolong mereka ini ‘up’ gambar sekeping dua dan ucapkan terima kasih atas tajaan yang sudah diberikan.

Ada seorang artis ni, dia dapat tajaan baju dan solekan. Memang percuma tanpa dibayar sagu hati pun. Waktu itu pula bulan Ramadan. Mereka boleh saja memilih pelanggan yang sanggup membayar tetapi kerana artis ini punya nama besar, mereka sanggup datang.

Malah penaja pakaian sanggup jahitkan baju baru untuknya. Bukan main dia puji baju berkenaan cantik dan solekan pun lawa.

Tapi, tidak ada gambar pun yang dimuat naik ketika menggayaka­n pakaian dan solekan berkenaan.

Situasi itu membuatkan SS tertanya-tanya, dia sebenarnya suka atau saja berbasa-basi di hadapan dua penaja itu?

Kalau iya pun hanya menerima ulasan berbayar, rasanya tidak ada salah kalau muat naik gambar ketika menggayaka­n pakaian dan solekan itu sebagai tanda terima kasih.

Walaupun tidak dibayar tetapi kadangkada­ng ‘terima kasih’ itu pun sudah cukup untuk menghilang­kan penat lelah seseorang yang bertungkus­lumus memastikan artis itu cantik dan manis dipandang.

SS: Depan lain, belakang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia