Harian Metro

Lata maut tingkat tujuh

Air Terjun Berkelah boleh jadi perangkap maut ekoran kewujudan pusaran berbahaya

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Kejernihan air serta kawasan mandi yang strategik menjadi tarikan utama buat pengunjung baik dari dalam dan luar daerah ini gemar berkunjung ke kawasan Air Terjun Berkelah.

Mempunyai tujuh tingkat utama untuk pengunjung bermandi manda, kawasan rekreasi itu boleh dianggap antara yang menarik dan wajib dikunjungi oleh penggemar air terjun.

Selain memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk pendakian sampai ke tingkat tujuh air terjun, orang ramai pastinya kagum dan berbaloi sebaik tiba ke kawasan itu.

Bagaimanap­un, keindahan dan kecantikan Air Terjun Berkelah juga tidak terlepas daripada menyimpan pelbagai 1,001 cerita yang kurang enak didengar apabila pusat rekreasi ini turut digelar ‘lata maut’ kerana sudah banyak mengorbank­an mangsa sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, Air Terjun Berkelah sememangny­a terkenal dalam kalangan penduduk Pahang serta pelancong luar namun ia juga menjadi lokasi yang paling banyak mengorbank­an nyawa.

Katanya, sejak 2015 air terjun berkenaan mengorbank­an 13 nyawa yang semuanya mati akibat lemas.

“Pada 2015, tiga orang dicatatkan menjadi korban, 2016 (empat), 2017 (tiga) dan setakat April tahun ini tiga mangsa direkodkan lemas,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa lemas tidak mengetahui kawasan mandi mereka sebenarnya lokasi yang sering berlaku kejadian meragut nyawa.

Beliau berkata, lokasi yang menjadi kegemaran pengunjung untuk mandi di air terjun berkenaan adalah di tingkat satu, tiga dan tujuh.

“Tingkat tujuh adalah lokasi yang cantik dan menjadi pilihan pengunjung untuk mandi kerana kawasan yang strategik selain pemandanga­n yang mengagumka­n.

“Bagaimanap­un kekerakami pan mangsa lemas di tingkat tujuh juga ramai. Tahun ini saja tiga orang lemas di kawasan itu.

“Kajian awal yang dilakukan mendapati terdapat lokasi mandi yang berkedalam­an hingga 12 meter,” katanya.

Difahamkan berdasarka­n keterangan mangsa yang terselamat sebelum ini memaklumka­n lokasi tingkat tujuh air terjun berkenaan seolah-olah mempunyai lubuk dan pusaran air yang menarik mereka ke bahagian dasar.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perhutanan Negeri dan Tourism Pahang bagi mewujudkan satu persekitar­an selamat di kawasan Air Terjun Berkelah pada masa hadapan.

Katanya, cadangan mewujudkan beberapa papan tanda keselamata­n di kawasan berisiko serta kemudahan peralatan keselamata­n lain sedang dipertimba­ngkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia