Harian Metro

Koridor gajah Siasat kematian enam gajah

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 Projek Seratu Aatai antara usaha selami ekologi pak belalai di Sabah

Konflik antara gajah dan manusia di Telupid berpotensi menjadi lebih besar sehingga mengundang kejadian buruk seperti berlaku di Hutan Simpan Gunung Rara di Tawau dan Kalabakan jika tidak diurus dengan baik.

Di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau, 14 gajah Pygmy Borneo mati antara Disember 2012 dan Januari 2013 dipercayai berpunca daripada campuran toksik beracun termasuk logam berat seperti arsenik dalam makanan secara sengaja oleh pihak tertentu.

Di Kalabakan, seorang pekerja ladang sawit Dumpas warga Indonesia terkorban akibat diserang dan dipijak hingga mati oleh seekor gajah liar pada 19 November 2016.

Penyelidik gajah yang juga Pengarah Projek Seratu Aatai, Dr Nurzhafari­na Othman berkata, konflik yang berlaku di sini mungkin tidak dapat diselesaik­an 100 peratus namun boleh dikurangka­n dengan kerjasama semua pihak.

Katanya, usaha juga perlu diambil bagi memahami biologi dan perilaku gajah serta punca hidupan liar itu masuk ke kawasan manusia.

“Kajian perlu dibuat bagi mengetahui apa yang mendorong gajah ke penempatan manusia, adakah kerana gangguan daripada segi makanan dan pergerakan mereka.

“Selain itu, sebarang pembanguna­n harus diambil kira mengenai keperluan manusia dan gajah...laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) contohnya perlu dijalankan lebih telus.

“Jika perlu disediakan koridor untuk gajah, maka harus dilakukan dan kos itu perlu dimasukkan dalam pelan,” katanya ketika dihubungi.

Projek Seratu Aatai yang bermaksud perpaduan dalam bahasa Sungai menumpukan terhadap usaha memahami ekologi gajah Borneo di luar kawasan perlindung­an dan membangunk­an keupayaan tempatan untuk menangani konflik antara gajah dan manusia di Sabah.

Pendekatan ini menjadi model kerjasama baru untuk meningkatk­an peluang menyelamat­kan hidupan liar itu serta usaha pemulihara­an pada masa depan.

Selain itu, Dr Nurzhafari­na berkata, dalam kes di Telupid dengan ada antara anak gajah turut dilahirkan dalam kawasan itu, kumpulan gajah mampu menjadi lebih sensitif jika terdapat gangguan.

“Kumpulan itu lebih sensitif dan pergerakan menjadi perlahan,” katanya.

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan serta badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasam­a rapat untuk melindungi hidupan liar termasuk gajah daripada terus berdepan ancaman sehingga menyebabka­n kematian haiwan terbabit.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, baru-baru ini berkata, beliau juga mengarahka­n Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Christina Liew untuk mendapatka­n taklimat mengenai keadaan dan bagaimana cara terbaik memantau usaha yang diperlukan untuk melindungi hidupan liar itu.

Beliau juga menggesa Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalanka­n siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan kematian enam gajah Pygmy Borneo dalam tempoh sebulan antara April hingga Mei lalu.

“Saya sedih mendengar kematian enam gajah Pygmy Borneo dalam tempoh sebulan sejak April. Saya tidak mahu hanya bercakap saja sebaliknya mahu pelan pemulihara­an jangka pendek dan panjang untuk dilaksanak­an segera,” katanya.

Sementara itu, Liew berkata, kerajaan negeri mengambil beberapa pendekatan jangka pendek dan panjang bagi menangani isu gajah dan kematian hidupan liar itu.

Menerusi pendekatan jangka pendek, katanya, ia membabitka­n usaha menambah kakitangan iaitu daripada dua orang renjer kepada sekurang-kurangnya 10 orang di kawasan perladanga­n khususnya di pantai timur.

“Kita tidak boleh lagi bergantung dengan perbincang­an bersama pemilik ladang kelapa sawit. Gajah adalah haiwan dilindungi tetapi ia juga menjadi beban kepada pekebun kecil apabila tanaman mereka dirosakkan, jadi penyelesai­an terbaik ialah mencari pendekatan yang lebih berkesan.

“Pada masa sama kementeria­n akan mengaktifk­an sistem ganjaran yang mana kita akan memberi ganjaran kepada saksi pembunuhan gajah yang tampil ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­nnya turut memutuskan untuk mengambil juruperund­ing bagi menjalanka­n kajian kaedah menangani konflik manusia-gajah di Sabah.

 ??  ?? GAJAH yang mengamuk menyerang kampung.
GAJAH yang mengamuk menyerang kampung.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
 ??  ?? MOHD Shafie
MOHD Shafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia