Harian Metro

Sekali pikul 100kg

- Azlan Hafeedz cnews@nstp.com.my

 Pekerja ambil upah angkut barang terus aktif di Sungai Kelantan

Bekerja mengambil upah mengangkut barang atau ‘potter’ mungkin biasa didengar setengah orang kerana kehebatan golongan itu memikul barang hingga seberat 100 kilogram (kg).

Golongan itu mungkin sudah lupus di beberapa daerah di Kelantan, tetapi tidak di daerah ini khususnya yang menetap di sekitar jeti Sungai Kelantan.

Seorang pengangkut barang, Azman Sulaiman, 48, dari Kampung Bahagia berkata, kerja itu memerlukan kombinasi kekuatan fizikal dan semangat tinggi untuk mengangkut barang.

Katanya, ramai generasi muda tidak berminat kerana kerja itu agak memenatkan, selain upahnya terlalu murah.

“Bayangkan, kita perlu mengangkut banyak barang sekali gus seperti tong petrol, susu dan barangan lain yang beratnya 30 hingga 50kg menggunaka­n pengandar dari atas tebing sungai setinggi 30 meter ke perahu.

“Memang penat sebab kena turun naik ikut tangga angkut barang, lebih 10 kali sehari, tetapi upahnya sekadar RM3 hingga RM4 untuk sekali angkut,” katanya yang menceburi bidang itu ketika berusia 20 tahun.

Rakannya, Mohd Faizul Ahmad, 41, dari Kampung Tualang yang juga generasi ketiga terbabit dalam bidang itu berkata, tugasnya lebih mencabar kerana perlu memikul bebanan seberat 100 kg berupa getah sekerap dari tongkang kecil ke atas tebing.

“Memikul getah sekerap lagi berat. Saya terpaksa tahan bau busuk (getah sekerap) dan upahnya hanya RM7 untuk 100 kg. Tiada siapa sanggup buat kerja ini tetapi itu periuk nasi saya sejak 25 tahun lalu,” katanya.

Lebih membanggak­an kumpulan itu, mereka adalah generasi kedua dan ketiga yang mewarisiny­a daripada keluarga mereka sejak pekerjaan itu mula dikenali pada 1970-an.

Walaupun pekerjaan itu semakin tersisih lantaran arus pemodenan, ia tidak mematahkan semangat mereka memperjuan­gkan kerja tradisi itu.

Sekitar 1980 hingga penghujung 2000, dianggarka­n 30 hingga 50 pengangkut barang beroperasi di sepanjang sungai Kelantan terutama di Tangga Krai, namun, kini tinggal 10 orang saja.

Jika dulu pendapatan mereka lumayan, namun tidak kini kerana masyarakat terutama tauke pertanian dan getah lebih gemar menggunaka­n khidmat jalan darat.

 ??  ?? MOHD Faizul memikul bebanan
seberat 50kg untuk dibawa ke perahu dari atas tebing setinggi
30 meter di jeti Sungai Kelantan.
MOHD Faizul memikul bebanan seberat 50kg untuk dibawa ke perahu dari atas tebing setinggi 30 meter di jeti Sungai Kelantan.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia