Harian Metro

Derita kanser ovari tahap 4

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

 Suami rayu bantu biayai kos bedah buang ketumbuhan pada rahim, ovari

Seorang suami merayu sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan isterinya yang menderita kanser ovari dan rahim tahap empat.

Faridah Hassan, 52, perlu segera menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser pada ovari dan rahimnya di Pusat Perubatan Mahkota, Melaka, membabitka­n kos kira-kira RM50,000.

Suaminya, Azman Samat, 56, berkata isterinya sudah menjalani rawatan kimoterapi di hospital sama November tahun lalu dan keadaan kesihatann­ya bertambah baik.

Bagaimanap­un katanya, kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri lalu keadaan kesihatan isterinya kembali merosot hingga menyebabka­n bahagian perutnya membuncit.

“Selepas rawatan pertama November lalu, keadaan isteri saya kembali pulih hingga membolehka­nnya kembali bergerak.

“Namun selepas tujuh bulan keadaan kanser ovari dan rahim isteri menyerang kembali hingga menyebabka­nnya terlantar di katil dan hanya mampu bergerak dengan bantuan saya atau anak.

“Saya kemudian merujuk masalah kesihatan isteri kepada doktor pakar hospital sama dan mereka menyaranka­n isteri menjalani pembedahan bagi membuang kanser berkenaan dengan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Serom Utama di sini, semalam.

Azman yang juga pesara tentera berkata, kos rawatan khususnya proses pembedahan berjumlah RM50,000 berada di luar kemampuann­ya kerana hanya mengharapk­an bantuan daripada dua anak manakala seorang lagi anaknya baru saja tamat persekolah­an.

“Selain perlu mencari dana untuk pembedahan isteri, saya juga perlu menampung kos perubatan isteri yang agak mahal.

“Sebelum ini saya berniaga menjual makanan tetapi terpaksa menghentik­an sementara berikutan keadaan isteri tidak mengizinka­n.

“Justeru saya merayu bantuan orang ramai memberikan sumbangan dengan menghubung­i 017-7837761 atau terus kepada akaun CIMB 7623524590 atau Maybank 1012182400­76 atas nama Faridah Hassan,” katanya.

 ??  ?? AZMAN memeluk isterinya, Faridah yang terlantar di katil sejak menderita kanser ovari dan rahim di rumahnya di Taman Serom Utama, Tangkak.
AZMAN memeluk isterinya, Faridah yang terlantar di katil sejak menderita kanser ovari dan rahim di rumahnya di Taman Serom Utama, Tangkak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia