Harian Metro

Jamuan raya habis awal

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Tuan rumah terpaksa minta tetamu beredar kediaman dilanda banjir

“Jamuan hari raya kami terjejas apabila rumah dinaiki air akibat banjir. Saya dengan berat hati terpaksa meminta tetamu beredar kerana bimbang mereka tidak selesa,” kata Napiah Haron, 49, penghuni sebuah rumah di perkampung­an Batu 10, Jalan Cheras-Kajang, di sini.

Menurut Napiah, hujan lebat sejak jam 10 pagi hingga jam 3 petang kelmarin mengakibat­kan beberapa rumah di perkampung­an berkenaan mula dinaiki air jam 8 malam kelmarin sebelum surut jam 4.30 pagi semalam.

Katanya, ketika kejadian ada beberapa tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan sedang menikmati jamuan rumah terbuka hari raya di kediamanny­a.

“Saya terpaksa meminta mereka beredar kerana bimbang tetamu tidak selesa untuk menikmati juadah dengan rumah dinaiki air kira-kira 0.3 meter.

“Selain rumah kami, beberapa rumah penghuni lain di perkampung­an ini turut dinaiki air, dianggarka­n 15 keluarga terjejas akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Napiah berkata, kejadian banjir di perkampung­an berkenaan sudah tiga kali berlaku tahun ini masing-masing pada Januari, Mac dan yang terbaru kelmarin.

“Kejadian banjir di perkampung­an ini sudah berlarutan sejak belasan tahun lalu, namun belum ada jalan penyelesai­an.

“Banjir yang berlaku dipercayai berpunca daripada sungai dan parit tidak dapat menampung jumlah air setiap kali hujan lebat.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat membantu menyelesai­kan masalah ini supaya kejadian ini tidak berulang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH Napiah di perkampung­an Batu 10, Jalan Cheras-Kajang yang dinaiki air sedalam satu kaki selepas hujan lebat, kelmarin.
RUMAH Napiah di perkampung­an Batu 10, Jalan Cheras-Kajang yang dinaiki air sedalam satu kaki selepas hujan lebat, kelmarin.
 ??  ?? ADIWIJAYA (tengah) bersama pesilat di Wisma Gayong, Ampang.
ADIWIJAYA (tengah) bersama pesilat di Wisma Gayong, Ampang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia