Harian Metro

Sedih anak muda pilih belajar ‘silat import’

-

Perkembang­an pesat seni mempertaha­nkan diri seperti taekwondo, judo, karate dan wing chun di negara ini disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru.

Yang di-Pertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, kebanjiran dan perkembang­an seni mempertaha­nkan diri yang ‘diimport’ dari negara luar adalah penjajahan berbentuk psikologi.

“Penjajahan ini akan merosakkan jati diri anak remaja kita terutamany­a Melayu. Seni daripada luar ini tidak menerapkan elemen keagamaan yang akhirnya merosakkan mereka.

“Berbanding dengan silat gayong, nilai agama dan ketaatan kepada negara diterapkan seawal hari pertama sesiapa sahaja yang menjadi ahli,” katanya ketika ditemui di Rumah Gayong.

Menurut Adiwijaya, sikap segelintir anak muda yang memilih seni mempertaha­nkan diri daripada luar sehingga menolak silat gayong adalah satu perkara yang menyedihka­n.

“Mereka (anak muda) beranggapa­n belajar silat gayong sebagai kelas bawahan adalah perkara mengarut. Silat Gayong sudah berkembang di 13 negara di dunia antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Syria, Tunisia dan Jerman.

“Orang luar bijak menilai seni mempertaha­nkan diri warisan Melayu dengan menyifatka­nnya sebagai antara yang terbaik di dunia. Kenapa kita (rakyat Malaysia) perlu menolaknya.

“Silat gayong itu adalah Melayu. Kedua perkara penting ini adalah saling melengkapi. Jika bukan anak muda Melayu mengangkat martabat budaya bangsa, siapa lagi?,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia