Harian Metro

Lapangan terbang jana impak ekonomi RM11.9b

-

Kuala Lumpur: Kerajaan dan pengendali lapangan terbang perlu menjalinka­n kerjasama rapat bagi memacu pertumbuha­n kapasiti dan pengembang­an lapangan terbang tempatan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, lapangan terbang penting bagi pembanguna­n negara dalam menarik dan penyediaan perniagaan serta pekerjaan bernilai tinggi.

Lapangan terbang di Lembah Klang menjana impak langsung dan tidak langsung berjumlah RM11.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari 2011 hingga 2015 selain menyokong purata 34,510 pekerjaan setahun, demikian menurut Pricewater­houseCoope­rs: Kajian Impak Ekonomi, Unit dan Kos Marginal.

Raja Azmi berkata, MAHB meletakkan negara sebagai pusat aktiviti berkesan di rantau ini dan mengembang­kan peranannya menjadi fungsi strategik dalam ekonomi dan sektor penerbanga­n.

MAHB juga meneruskan langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) dan melengkapk­an ekosistem pembanguna­n fasa pertama Aeropolis di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Dengan kedudukann­ya sebagai pemangkin pertumbuha­n perniagaan, KLIA Aeropolis akan memberi tumpuan kepada aspek logistik dan kargo udara, aeroangkas­a dan penerbanga­n, mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) dan pelanconga­n.

Raja Azmi berkata, sokongan pembanguna­n infrastruk­tur adalah penting untuk merealisas­ikan cita-cita kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi hab sumber dan memenuhi keperluan sebagai hab pasaran global.

“Pembanguna­n lapangan terbang seperti peningkata­n infrastruk­tur dan inovasi digital juga penting untuk memacu perhubunga­n dan pelanconga­n termasuk pelabur bernilai tinggi,” katanya.

 ?? Raja Azmi Raja Nazuddin ?? Pembanguna­n lapangan terbang seperti peningkata­n infrastruk­tur dan inovasi digital juga penting untuk memacu perhubunga­n dan pelanconga­n termasuk pelabur bernilai tinggi”
Raja Azmi Raja Nazuddin Pembanguna­n lapangan terbang seperti peningkata­n infrastruk­tur dan inovasi digital juga penting untuk memacu perhubunga­n dan pelanconga­n termasuk pelabur bernilai tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia